Anak Dr Mahathir dakwa bapanya sasaran sebenar siasatan SPRM
Anggaran Waktu Membaca:

Encik Mokhzani Mahathir, anak Dr Mahathir (kiri) dan abangnya, Encik Mirzan (kanan). (Gambar: Agensi berita)
PUTRAJAYA: Dr Mahathir Mohamad adalah sasaran sebenar siasatan SPRM ke atas mereka, dakwa dua anak lelaki mantan perdana menteri itu.
"Bapa saya adalah suspek utama.
"Kami ada tanya, 'Bapa saya disiasat berkenaan apa?' dan mereka tidak dapat memberikan maklumatnya kepada kami.
"Bolehkah anda bayangkan, anda diminta untuk berikan maklumat untuk digunakan bagi mendakwa bapa anda?" kata Encik Mokhzani Mahathir dalam wawancara bersama Bloomberg minggu lalu, dipetik daripada agensi berita Malaysiakini.
Pada Januari lalu, SPRM mengarahkan Encik Mokhzani dan abangnya, Encik Mirzan untuk mengisytiharkan harta mereka sejak 1981, tahun yang sama Dr Mahathir menjadi perdana menteri.
Kedua-duanya memang dikenali sebagai ahli perniagaan dan dikatakan memiliki kekayaan yang besar.
SPRM menyatakan siasatan dibuat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan, Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
Suruhanjaya itu menyatakan siasatan dimulakan pada Ogos 2022 terhadap semua entiti yang disebut dalam laporan Kertas Pandora dan Kertas Panama.
Pada masa itu, SPRM menjelaskan arahan itu adalah sebahagian daripada siasatan terhadap rekod perniagaan di luar pesisir yang didedahkan sebuah konsortium kewartawanan, namun tidak menyatakan yang Dr Mahathir adalah sasaran utama.
SPRM menetapkan Februari lalu sebagai tarikh akhir untuk Encik Mirzan dan Encik Mokhzani membuat pengisytiharan, namun mereka memaklumkan diberi lanjutan sebanyak dua kali, menurut Malaysiakini.
Namun, kata mereka lagi, usaha untuk menyediakan rekod kewangan sejak era sebelum digital tetap sesuatu yang sukar.
Sejak sekian lama Dr Mahathir menegaskan kekayaan anak-anaknya adalah hasil kerja keras mereka dan tiada kaitan dengannya.
Beliau juga mendakwa kerajaan menggunakan SPRM untuk membuat siasatan bermotif politik terhadapnya dan keluarganya, lapor Malaysiakini.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.