Skip to main content

Dunia

Anak bulan tidak kelihatan, Arab Saudi sambut Aidilfitri Isnin

Anggaran Waktu Membaca:
Anak bulan tidak kelihatan, Arab Saudi sambut Aidilfitri Isnin

Gambar: Agensi berita/ Saudi Press Agency

Diterbitkan : 01 May 2022 09:04AM Dikemas Kini : 01 May 2022 03:17PM

RIYADH: Arab Saudi mengumumkan bahawa cuti Hari Raya Aidilfitri bermula pada Isnin (2 Mei) di negara itu.

"Isnin, adalah hari pertama Aidilfitri yang penuh keberkatan untuk tahun ini, dengan hari Ahad hari terakhir Ramadan,' lapor Saudi Press Agency, memetik kenyataan mahkamah diraja.

Keputusan dibuat selepas anak bulan Syawal tidak kelihatan sepanjang tempoh pemerhatian pada petang Sabtu di Arab Saudi.

Negara-negara Teluk yang lain; Amiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait, Qatar dan Bahrain juga membuat pengumuman yang sama.

Hari Raya Aidilfitri juga akan disambut pada Isnin di Yaman, Mesir, Sudan, Libya, Lubnan, Syria dan Palestin.

Umat Islam Sunni di Iraq juga akan menyambut permulaan Aidilfitri pada hari yang sama.

Sementara itu, kumpulan Syiah di Oman, Jordan dan Iraq akan melihat anak bulan Syawal pada Ahad untuk menentukan permulaan Aidilfitri.

Tarikh 1 Syawal ditentukan dengan melihat anak bulan, mengikut kalendar Hijrah.

Sumber : Agensi berita/SU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita