Anak bermasalah mental tikam ibu hingga mati
Seorang wanita maut dipercayai akibat ditikam pada bahagian kiri leher oleh anak lelakinya, yang mengalami masalah mental, dengan menggunakan pisau dapur di Taman Kampung Padang, Kuantan, hari ini (12 Nov).
Suspek menggunakan pisau untuk tikam ibunya pada bahagian leher hingga mati. (Gambar: BERNAMA)
KUANTAN: Seorang wanita maut dipercayai akibat ditikam pada bahagian kiri leher oleh anak lelakinya, yang mengalami masalah mental, dengan menggunakan pisau dapur di Taman Kampung Padang, Kuantan, hari ini (12 Nov).
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata mangsa, Sefiah Hamid, 62 tahun, dipercayai ditikam suspek berusia 38 tahun yang tidak bekerja itu antara jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi di ruang tamu rumah mereka.
āSuspek kemudiannya dipercayai menolak jenazah mangsa yang diletakkan di atas kerusi roda sejauh 50 meter sehingga menyebabkan orang ramai menyedari kejadian tersebut dan terus menghubungi polis.
āSiasatan awal mendapati mangsa hanya tinggal berdua dengan suspek semasa kejadian berlaku dan difahamkan mangsa pernah mengalami masalah patah tulang belakang menyebabkan dia tidak boleh bergerak,ā kata Encik Mohamad Noor.
Beliau menambah suspek juga dipercayai menikam adik perempuannya di bahagian belakang dan rakan lelaki adiknya di lengan, yang secara kebetulan melalui tempat suspek berhenti bersama-sama jenazah ibunya.
Encik Mohamad Noor turut mengesahkan suspek, yang mempunyai rekod rawatan psikiatri, sudahpun ditangkap oleh orang awam yang melihat dia menikam dua lagi mangsa sebelum diserahkan kepada polis dalam keadaan tangan dan kaki diikat.
Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, untuk dibedah siasat dengan dua lagi mangsa yang cedera turut menerima rawatan di hospital sama.
Encik Mohamad Noor seterusnya menasihatkan orang ramai supaya jangan menyebarkan video dan gambar insiden kerana dikhuatiri boleh menjejas siasatan selain mengaibkan serta menjatuhkan moral keluarga mangsa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.