Skip to main content

Dunia

Anak Ayatollah Ali Khamenei calon utama ganti bapanya

Anggaran Waktu Membaca:
Anak Ayatollah Ali Khamenei calon utama ganti bapanya
Mojtaba Khamenei. (Gambar: Reuters)
MOSCOW: Mojtaba Khamenei, anak kepada pemimpin ulung Iran Ali Khamenei yang terbunuh dalam serangan udara Amerika Syarikat dan Israel minggu lepas, muncul sebagai calon utama untuk menjadi pemimpin ulung Iran seterusnya.

Demikian menurut agensi berita Sputnik/RIA Novosti, yang menukil laporan akhbar The New York Times, yang turut merujuk kepada pegawai Iran.

Tokoh agama kanan yang bertanggungjawab memilih pemimpin agung Iran yang baharu, mengadakan pertemuan pada Selasa (3 Mac) bagi membincangkan perkara itu, dan anak lelaki kepada mantan pemimpin yang terbunuh itu muncul sebagai calon pilihan utama, menurut laporan berkenaan pada Selasa.

Kemungkinan untuk mengisytiharkan Mojtaba Khamenei sebagai pengganti bapanya dipertimbangkan seawal pagi Rabu, namun timbul kebimbangan bahawa keputusan itu boleh menjadikannya sasaran Amerika Syarikat dan Israel, menurut laporan itu.

Pada 28 Februari, Amerika Syarikat dan Israel melancarkan beberapa serangan ke atas sasaran di dalam Iran, termasuk di Tehran, dengan laporan mengenai kemusnahan serta kematian orang awam.

Televisyen pemerintah Iran mengesahkan kematian pemimpin ulungnya.

Iran kemudian bertindak balas dengan melancarkan serangan peluru berpandu ke atas wilayah Israel serta kemudahan ketenteraan Amerika di Timur Tengah.
Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita