Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anak-anak gaduh, ibu bapa masuk campur keluarkan pedang samurai

Jika anak-anak bergaduh, ibu bapa tidak sepatutnya masuk campur. Ini kerana ia boleh memburukkan keadaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Anak-anak gaduh, ibu bapa masuk campur keluarkan pedang samurai

(Gambar: Friends of BN - Barisan Nasional/Facebook)

Diterbitkan : 12 Feb 2018 08:07AM Dikemas Kini : 12 Feb 2018 08:11AM

DUNGUN, TERENGGANU: Jika anak-anak bergaduh, ibu bapa tidak sepatutnya masuk campur. Ini kerana ia boleh memburukkan keadaan.

Seperti satu insiden yang berlaku di sebuah kawasan perumahan di Paka, Dungun, Terengganu, di mana keadaan menjadi tegang sehingga melibatkan pedang samurai.

Ia bermula dengan perang mulut antara para ibu bapa berkenaan sebelum berlarutan sehingga pedang samurai tersebut dikeluarkan, lapor Astro Awani.

Menurut Ketua Polis Daerah Sungun, Supt Baharudin Abdullah, satu aduan polis sudah dibuat mengenai insiden itu.

Malah senjata yang digunakan dalam pergaduhan berbaur ugutan tersebut turut dirampas, lapor Astro Awani.

"Ekoran daripada video yang ditularkan di Facebook, perbalahan mulut antara dua keluarga berpunca daripada pergaduhan anak-anak. Pada pukul 4.00 petang Ahad (11 Feb), seorang lelaki bertindak menyerahkan sebilah pedang di Balai Polis Paka Dungun.

"Mereka yang terlibat juga telah dipanggil bagi memberi keterangan," kata Encik Baharudin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak melebihi RM2,000.

Susulan daripada video yang ditularkan itu, pelbagai reaksi negatif diterima dan tidak kurang warga siber yang mengecam kerana menganggap perkara sedemikian sebagai amat memalukan, lapor Atro Awani.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan