Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Amos Yee direman di AS atas tuduhan miliki pornografi kanak-kanak; peguam belanya sudah dilantik

Satu penyelesaian sedang dirundingkan antara seorang pendakwa khas dan peguam yang mewakili rakyat Singapura, Amos Yee, yang ditahan reman oleh sebuah mahkamah di Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
Amos Yee direman di AS atas tuduhan miliki pornografi kanak-kanak; peguam belanya sudah dilantik

(Gambar: Pejabat Sherif Cook County)

Diterbitkan : 21 Oct 2021 08:40AM Dikemas Kini : 21 Oct 2021 08:41AM

SINGAPURA: Satu penyelesaian sedang dirundingkan antara seorang pendakwa khas dan peguam yang mewakili rakyat Singapura, Amos Yee, yang ditahan reman oleh sebuah mahkamah di Amerika Syarikat.

Yee hadir di mahkamah Chicago melalui Zoom pada awal pagi Khamis (21 Okt) bagi satu perbicaraan ringkas. Yee, 22 tahun, berdepan 18 tuduhan termasuk antun seksual kanak-kanak, mengarahkan seorang kanak-kanak melakukan perbuatan seksual dan memiliki bahan lucah kanak-kanak.

Peguam bela Yee - yang dilantik untuk mewakilinya kerana tidak mampu untuk mendapatkan bantuan guaman - memberitahu mahkamah bahawa dakwaan itu dikendalikan oleh seorang pendakwa khas, yang tidak dapat menghadiri perbicaraan itu.

"Dia dan saya sedang merundingkan penyelesaian bagi kes ini," katanya sambil menambah bahawa beliau akan menghubungi Yee selepas dimaklumkan oleh pihak pendakwa mengenai rundingan tersebut.

Menurut Institut Maklumat Undang-Undang, seorang pendakwa khas adalah seorang peguam berkecuali yang lazimnya mempunyai bidang kuasa dalam siasatan jenayah.

Ini bagi mengelakkan sebarang konflik kepentingan atau memudahkan kepakaran dalam bidang hal itu. Kadangkala, mereka akan dipanggil untuk mengendalikan kes-kes berprofil tinggi.

Yee yang ditahan reman selama sekitar setahun, dijangka akan dihadapkan semula ke mahkamah pada bulan depan. 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan