Amos Yee akan dibebaskan lebih awal, dipindah ke penjara Amerika yang berbeza
SINGAPURA: Warga Singapura Amos Yee dijangka dibebaskan lebih setahun awal berbanding tarikh yang ditetapkan sebelum ini.
Menurut rekod penjara pada Selasa (12 Dis), tarikh Yee bakal dibebaskan adalah 24 April 2025. Tarikh sebelumnya adalah 8 Oktober 2026.
Mesej dari rangkaian pemberitahuan mangsa pada Selasa menunjukkan Yee dipindahkan ke Pusat Pemulihan Danville - sebuah penjara pada tahap keselamatan sederhana - dari Pusat Pemulihan Stateville, penjara pada tahap keselamatan maksimum.
Mediacorp sudahpun menghubungi Jabatan Pemulihan Illinois untuk bertanya mengapa tarikh Yee bakal dibebaskan berubah menjadi lebih setahun awal, dan sebab dia dipindahkan ke Danville.
Pada November, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan semula selepas didapati melanggar syarat parol, kira-kira sebelum selepas dia dibebaskan pada 7 Oktober.
Yee dijatuhi hukuman pada Disember 2021 setelah mengaku bersalah melakukan antun seksual dan memiliki bahan lucah.
Lagi 16 tuduhan yang dikemukakan bagi rayuan sudah ditolak. Tempoh penjara itu diundurkan kepada tarikh penangkapan Yee pada Oktober 2020.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.