Amnesty gesa universiti Amerika tarik balik tindakan keras terhadap tunjuk perasaan Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi itu mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan tunjuk perasaan terhadap perang di Gaza.

(Gambar: AP)
ISTANBUL: Amnesty International pada Rabu menggesa pentadbiran universiti di seluruh Amerika Syarikat (AS) untuk melindungi dan memudahkan hak pelajar untuk melakukan tunjuk perasaan atau bantahan secara aman dan selamat di kampus mereka.
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi itu mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan tunjuk perasaan terhadap perang di Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Pengarah Eksekutif Amnesty International AS, Paul O'Brien berkata universiti telah bertindak balas secara menindas terhadap tunjuk perasaan bagi menyokong hak Palestin, yang melibatkan pihak berkuasa tempatan dan juga menuntut penahanan.
"Sebarang langkah yang diambil untuk berdiam diri, mengganggu, mengugut atau menakut-nakutkan mereka yang berhimpun secara aman untuk membantah dan bersuara adalah melanggar hak mereka.
"Kebebasan akademik adalah penting kepada hak untuk pendidikan. Aktivisme kampus merupakan komponen penting dalam kebebasan itu," katanya.
Encik O'Brien berkata pentadbiran bertanggungjawab untuk memupuk suasana yang membolehkan sudut pandangan yang pelbagai.
Amnesty berkata kritikan terhadap tindakan pemerintah Israel itu sememangnya bukan anti-Yahudi, dengan menyatakan terdapat laporan individu pada beberapa tunuk perasaan menggunakan retorik kebencian, termasuk mengamalkan keganasan.
Beliau berkata bahawa pentadbiran bertanggungjawab untuk memupuk suasana yang membolehkan sudut pandangan yang pelbagai.
"Kami mengutuk retorik dan keganasan yang penuh kebencian dengan sekeras-kerasnya," katanya.
Amnesty menyeru Presiden AS Joe Biden untuk menangguhkan semua penghantaran senjata ke Israel dan berusaha untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Sebelum ini, Presiden Universiti Columbia Minouche Shafik memberi kuasa kepada Jabatan Polis New York untuk membongkar "Perkhemahan Solidariti Gaza," menyebabkan 108 individu ditangkap.
Beberapa universiti, termasuk Yale dan Universiti New York, telah mengambil tindakan yang sama.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.