Aminuddin Harun dipilih semula dan mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Bernama)
KUALA PILAH: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Aminuddin Harun dipilih semula dan mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan, bagi penggal kedua pada Isnin(14 Ogos).
Encik Aminuddin, 56 tahun, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti di Negeri Sembilan, kira-kira jam 4.15 petang tadi.
Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu, Encik Aminuddin berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat.
Menerusi saingan empat penjuru, Ahli Parlimen Port Dickson itu menang dengan majoriti 2,662 undi.
Encik Aminuddin memperolehi 12,730 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Ahmad Raihan Muhamad Hilal yang mendapat 10,068 undi serta dua calon Bebas iaitu Bujang Abu (83 undi) dan Mohammed Hafiz Baharudin (339 undi).
Lahir pada 2 Januari 1967 di Kampung Pachitan, Port Dickson, Encik Aminuddin dan isteri mempunyai lima orang anak iaitu tiga lelaki dan dua perempuan.
Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah, Port Dickson sebelum melanjutkan pelajaran di Institut Teknologi Mara (sekarang UiTM) dalam bidang perniagaan.
Encik Aminuddin yang merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat sejak 2008, pernah bertugas sebagai pegawai penyiasat Badan Pencegah Rasuah dari 1991 hingga 1995.
Pada 1995, beliau menyertai syarikat Golden Hope Furniture Sdn Bhd sebagai ketua pengurusan pengeluaran dan kemudian di MCIS Safety Glass (M) Sdn Bhd sebagai Eksekutif Senior dari 1996 sehingga 2008 sebagai ketua bahagian jualan, jawatankuasa pengurusan, panel siasatan dalaman dan auditor ISO/TS 16949:2002.
Sebelum menyertai PKR yang sebelum ini dikenali Keadilan pada 1999, Aminuddin merupakan anggota UMNO dan pernah menjadi Setiausaha UMNO Cawangan Kampung Pachitan (1995-1998) serta Setiausaha Pemuda UMNO DUN Jimah (1997-1998).
Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR sejak 2014 itu turut aktif dalam badan bukan kerajaan antaranya Persatuan Wadah Pencerdasan Umat (Wadah) dan Angkatan Belia Islam Malaysia.

Sumber : Bernama/AA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.