Amerika umum bantuan ketenteraan baharu bernilai AS$250 juta untuk Ukraine
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Amerika Syarikat pada Selasa (29 Ogos) mengumumkan pakej baharu bantuan ketenteraan untuk Ukraine. Ini termasuk sistem pertahanan udara dan peluru tambahan, alat penghapusan periuk api dan pengangkutan perubatan.
Menurut Setiausaha Negara Amerika Antony Blinken dalam satu kenyataan, pakej terbaharu itu merangkumi alat penghapusan periuk api, peluru bagi pertahanan udara, peluru meriam dan pelancar roket HIMARS, dan lebih tiga juta peluru senjata kecil.
"Amerika Syarikat dan sekutu serta rakan negaranya akan bersatu dengan Ukraine, selama mana ia diperlukan", kata Encik Blinken.
Peralatan tersebut dibiayai melalui duit yang diluluskan Kongres.
Lebih AS$43 bilion (S$58 bilion) bantuan ketenteraan Amerika sudah diserahkan kepada Ukraine sejak pencerobohan oleh Rusia pada Februari 2022.
Presiden Joe Biden pada awal bulan ini meminta Kongres meluluskan bantuan tambahan bernilai AS$24 bilion (S$32 bilion).

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.