Skip to main content

Dunia

Amerika tolak ketetapan Majlis Keselamatan PBB tuntut gencatan senjata perang Israel-Hamas

Anggaran Waktu Membaca:
Amerika tolak ketetapan Majlis Keselamatan PBB tuntut gencatan senjata perang Israel-Hamas

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menggesa satu sesi dialog diadakan. (Gambar: Johannes Eisele/AFP)

Diterbitkan : 21 Feb 2024 07:16AM
WASHINGTON: Amerika Syarikat pada Selasa (20 Feb) memveto ketetapan yang disokong oleh negara-negara Arab yang menuntut gencatan senjata segera dalam perang Israel-Hamas.

Ia telah dibawa kepada para anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghentikan pertempuran di Gaza, dengan Israel terus membedil wilayah itu, sedang kebimbangan semakin meningkat terhadap krisis kemanusiaan di wilayah tersebut.

Kuasa-kuasa besar dunia yang cuba menghuraikan krisis yang semakin meruncing itu gagal, dengan desakan yang tidak membuahkan hasil oleh para pengantara untuk mencapai gencatan senjata, dengan dua gencatan senjata alternatif sudahpun dikemukakan kepada PBB.

Washington memveto saranan pertama, yang dilakar oleh Algeria, yang menuntut gencatan senjata kemanusiaan segera dan pembebasan "tanpa syarat" semua tebusan yang diculik dalam serangan 7 Oktober lalu.

Duta Washington ke PBB, Linda Thomas-Greenfield menyifatkan saranan itu "tidak bertanggungjawab", sambil mengatakan ia akan meletakkan "rundingan sensitif itu dalam bahaya".

Dengan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menghadapi tekanan yang semakin meningkat untuk mengurangkan sokongan terhadap Israel, Washington telah mengemukakan draf ketetapan alternatif mengenai Gaza.

Teks draf tersebut, yang dilihat oleh agensi berita AFP, menekankan "sokongan untuk gencatan senjata sementara di Gaza secepat mungkin" dan ia turut menyuarakan kebimbangan mengenai Rafah.

Menurut sumber diplomatik, draf Amerika itu tidak mungkin akan diterima pakai dalam bentuk yang diusulkan dan berisiko ditolak oleh Rusia.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita