Skip to main content

Dunia

Amerika tidak mencari konflik, kata Hegseth kepada China

Anggaran Waktu Membaca:
Amerika tidak mencari konflik, kata Hegseth kepada China

Setiausaha Pertahanan Amerika Pete Hegseth berucap di Pentagon di Washington pada 25 Jul 2025. (Gambar fail: AP/Cliff Owen).

Diterbitkan : 11 Sep 2025 11:37AM Dikemas Kini : 11 Sep 2025 11:41AM

WASHINGTON: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Pete Hegseth mengadakan perbualan pertamanya dengan rakan sejawatannya dari China sambil menegaskan bahawa Amerika bukan mencari konflik dengan China, tetapi akan melindungi kepentingan pentingnya di rantau Asia-Pasifik, lapor Pentagon pada Rabu (10 Sep).

China saingan geopolitik utama Washington dan Hegseth membangkitkan kemarahan Beijing pada Mei apabila beliau menggesa sekutu-sekutu serantau untuk menokok dana bagi pertahanan selepas memberi amaran tentang ancaman "yang sebenarnya dan berpotensi berlaku" dari China.

Jurucakap Pentagon Sean Parnell berkata Encik Hegseth dan Menteri Pertahanan China Laksamana Dong Jun mengadakan panggilan "terus terang dan membina" pada Selasa (11 Sep).

Parnell berkata kedua-duanya bersetuju untuk mengadakan perbincangan lanjut.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengarahkan Jabatan Pertahanan (Pentagon) ditukar nama kepada Jabatan Perang, satu perubahan yang memerlukan keputusan Kongres. Nama baharu itu akan terpakai kepada Encik Hegseth juga, sekali gus merubah gelarannya kepada "Setiausaha Perang".

Rundingan itu diadakan menyusuli perarakan besar tentera China minggu lalu di mana Presiden Xi Jinping menjadi, yang menjadi hos kepada Presiden Rusia Vladimir Putin dan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan beberapa pemimpin dunia bahawa mereka menjadi saksi kepada perubahan geopolitik yang penting, meskipun perkara itu dipersoalkan segelintir pakar.

Presiden Trump kemudian membalas dengan mengatakan bahawa Xi, Putin dan Kim berkomplot untuk menentangnya. Seorang pegawai Amerika berkata Encik Trump "kecewa melihat beberapa negara berpihak kepada China" dan "Amerika akan mengkaji semula" keadaan.

Agensi berita pemerintah China, Xinhua, melaporkan panggilan video pada Selasa (7 Sep) diadakan atas permintaan Encik Hegseth. Ia menyatakan bahawa Encik Dong menggesa Encik Hegseth untuk mengekalkan komunikasi dan sikap terbuka, selain memupuk hubungan tentera yang stabil dan positif berdasarkan "sikap saling hormat-menghormati dan wujud secara aman."

Xinhua juga menukil Encik Dong sebagai berkata bahawa China komited untuk bekerjasama dengan negara-negara serantau untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan, laluan air strategik yang hak miliknya dipertikaikan China dan negara-negara lain, selain menentang "pelanggaran dan provokasi terhadap negara-negara tertentu dan hasutan yang disengajakan terhadap negara-negara di luar rantau ini".

Jabatan Negara menyatakan Setiausaha Negara Amerika Marco Rubio turut mengadakan perbualan dengan Menteri Luar China Wang Yi pada hari Rabu (10 Sep) susuli mesyuarat di Malaysia pada Julai sambil "menekankan kepentingan komunikasi yang terbuka dan membina dalam pelbagai isu dua hala".

Sumber : AP/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita