Amerika tekankan sokongan kepada Jepun, Korea Selatan & Taiwan jelang Sidang Puncak Trump-Xi
Menteri Luar Korea Selatan Cho Hyun (kiri) dan Menteri Luar Jepun Toshimitsu Motegi bertemu Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio di luar sesi Perhimpunan Agung PBB ke-81 di New York pada 21 Sep 2026. (Gambar: Pool menerusi AFP)
- The United States on Monday reaffirmed its commitment to defending Japan and South Korea, including through its nuclear capabilities, ahead of a Trump-Xi meeting in Washington on Thursday.
- Marco Rubio met Cho Hyun and Toshimitsu Motegi in New York, and backed trilateral mechanisms on economic security, supply chains and critical technologies.
- The three countries supported stability in the Taiwan Strait and Taiwan's participation in international organisations, as US allies were worried that Trump might give China leeway.
- They also called on North Korea to return to denuclearisation talks, while South Korea's US$350 billion investment package in the United States was requested to be scrutinised by Parliament.
- Amerika Syarikat pada Isnin menegaskan semula komitmen mempertahankan Jepun dan Korea Selatan, termasuk melalui keupayaan nuklear, menjelang pertemuan Trump-Xi di Washington pada Khamis.
- Marco Rubio bertemu Cho Hyun dan Toshimitsu Motegi di New York, lalu menyokong mekanisme tiga hala bagi jaminan ekonomi, rantaian bekalan dan teknologi penting.
- Ketiga-tiga negara menyokong kestabilan Selat Taiwan serta penyertaan Taiwan dalam pertubuhan antarabangsa, ketika sekutu Amerika bimbang Trump mungkin memberi kelonggaran kepada China.
- Mereka turut menyeru Korea Utara kembali berunding mengenai pelucutan nuklear, sementara pakej pelaburan Korea Selatan AS$350 bilion di Amerika Syarikat diminta diteliti Parlimen.
NEW YORK: Amerika Syarikat pada Isnin (21 Sep) sekali lagi menegaskan komitmennya untuk mempertahankan sekutu utamanya di Asia, Jepun dan Korea Selatan, menjelang pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping minggu ini.
Ketiga-tiga negara turut menyatakan sokongan kepada Taiwan.
Menurut para penganalisis, sekutu Amerika Syarikat bimbang Encik Trump mungkin menawarkan beberapa kelonggaran kepada Encik Xi, termasuk bagi isu Taiwan dan perdagangan, sebagai ganti untuk mencapai perjanjian ekonomi dengan Beijing.
Encik Trump dijadual menyambut Encik Xi di Rumah Putih di Washington pada Khamis.
Para pegawai berkata Perdana Menteri Jepun Sanae Takaichi dan Presiden Korea Selatan Lee Jae Myung mahu mengadakan pertemuan dengan Encik Trump semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York. Ketiga-tiga pemimpin dijadual menyampaikan ucapan pada Selasa.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio bertemu Menteri Luar Korea Selatan Cho Hyun dan Menteri Luar Jepun Toshimitsu Motegi di New York pada Isnin.
Dalam satu kenyataan bersama, mereka berikrar untuk bersikap tegas terhadap “tekanan ekonomi, dasar dan amalan bukan berasaskan pasaran” serta “sekatan eksport sewenang-wenangnya yang mengganggu rantaian bekalan”. Kenyataan itu dilihat sebagai merujuk kepada China.
Ketiga-tiga negara turut mengalu-alukan pelancaran mekanisme perundingan tiga hala baharu mengenai jaminan ekonomi. Ia merupakan sebahagian daripada usaha lebih luas untuk mengukuhkan rantaian bekalan dan kerjasama dalam teknologi penting.
Amerika Syarikat turut menegaskan semula komitmennya untuk mempertahankan Jepun dan Korea Selatan dengan kekuatan tenteranya, termasuk keupayaan nuklear.
Menurut kenyataan itu, para menteri turut menekankan pentingnya kerjasama keselamatan yang kukuh serta mengekalkan keamanan dan kestabilan di Selat Taiwan.
Mereka juga menyokong penyertaan Taiwan secara bermakna dalam pertubuhan antarabangsa yang sesuai.
Mengenai Korea Utara, ketiga-tiga negara menegaskan semula komitmen mereka terhadap usaha melucutkan sepenuhnya senjata nuklear Korea Utara dan menggesa Pyongyang supaya kembali ke meja rundingan.
Selain isu Taiwan, para penganalisis berkata sekutu-sekutu Amerika Syarikat juga akan memberi perhatian kepada sebarang pengumuman perdagangan daripada pertemuan Trump-Xi dan kesannya terhadap daya saing mereka berbanding China.
Menurut para penganalisis, walaupun halangan perdagangan terhadap China dikurangkan sedikit, ia boleh menjejaskan kedudukan ekonomi Jepun dan Korea Selatan.
Cik Takaichi mencetuskan kemarahan Beijing tahun lalu apabila berkata Jepun mungkin terlibat dalam konflik berkaitan Taiwan.
Dalam pada itu, Seoul dan Washington sedang merundingkan butiran pakej pelaburan Korea Selatan bernilai AS$350 bilion di Amerika Syarikat, di bawah perjanjian perdagangan yang dicapai kedua-dua sekutu itu tahun lalu.
Pada Isnin, seorang anggota pembangkang Korea Selatan menggesa Parlimen supaya meneliti pakej pelaburan tersebut. Beliau memberi amaran bahawa rundingan mengenai projek tenaga boleh menyebabkan Korea Selatan menanggung risiko kewangan yang terlalu besar.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.