Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Amerika tarik balik sekatan penjualan senjata kepada Arab Saudi

Anggaran Waktu Membaca:
Amerika tarik balik sekatan penjualan senjata kepada Arab Saudi

(Gambar: AFP/BANDAR AL-JALOUD)

WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Joe Biden memutuskan untuk menarik balik sekatan penjualan senjata Amerika ke Arab Saudi.

Demikian menurut Jabatan Negara Amerika pada Jumaat (9 Ogos), yang membatalkan dasar untuk memaksa negara itu menamatkan perang di Yaman.

Jabatan Negara Amerika menarik balik sekatannya ke atas pemindahan beberapa peluru berpandu dari darat ke udara kepada Arab Saudi, kata seorang pegawai kanan jabatan itu.

Pentadbiran Encik Biden memberikan taklimat kepada Kongres minggu ini mengenai keputusannya untuk menarik balik sekatan tersebut, kata seorang pembantu kongres.

Satu sumber berkata penjualan senjata kepada Saudi boleh disambung seawal minggu depan.

Di bawah undang-undang Amerika, penjualan senjata antarabangsa perlu disemak oleh anggota Kongres sebelum ia disahkan.

Penggubal undang-undang Democrat dan Republican mempersoalkan penjualan senjata kepada Arab Saudi sejak beberapa tahun ini, dengan memetik isu seperti kesan terhadap orang awam menerusi kempennya di Yaman serta pelbagai isu hak asasi manusia.

Meskipun demikian, tentangan itu mula berkurangan di tengah-tengah kekecohan di Timur Tengah berikutan serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober, dan disebabkan perubahan dalam cara Saudi menjalankan operasinya di Yaman.

Sejak Mac 2022, ketika Arab Saudi dan Houthi bersetuju terhadap gencatan senjata yang dipimpin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tiada sebarang serangan udara dilancarkan Saudi dan Yaman ataupun serangan lintas sempadan, tambah pentadbiran itu.
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan