Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Amerika Syarikat umum pakej bantuan senjata baharu ke Ukraine bernilai AS$500 juta

Anggaran Waktu Membaca:
Amerika Syarikat umum pakej bantuan senjata baharu ke Ukraine bernilai AS$500 juta

Presiden Amerika Joe Biden dan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy mengadakan sidang media di Rumah Putih pada 21 Dis 2022. (Gambar: AFP/Brendan SMIALOWSKI)

Diterbitkan : 13 Dec 2024 09:26AM Dikemas Kini : 13 Dec 2024 09:28AM
WASHINGTON: Pentadbiran Parti Democrat Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mengumumkan pakej bantuan senjata baharu untuk Ukraine bernilai AS$500 juta (S$670 juta) pada Khamis (12 Dis), kata Setiausaha Negara Anthony Blinken dalam satu kenyataan.

Jurucakap Rumah Putih John Kirby berkata Amerika akan terus membekalkan pakej tambahan kepada Ukraine "sehingga akhir pentadbiran tersebut".

Washington menyatakan 10 hari lalu bahawa ia akan menghantar peluru berpandu, peluru, bom periuk api dan senjata lain ke Ukraine bernilai AS$725 juta (S$980 juta).

Pentadbiran Encik Biden sedang berusaha untuk menyokong Ukraine dalam menangani pencerobohan Rusia, sebelum penggal Encik Biden berakhir pada Januari, apabila Presiden Republican Donald Trump akan mengambil alih jawatan.

Pakej pada Khamis bernilai kira-kira AS$500 juta (S$670 juta)termasuk peluru Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi (HIMARS) dan peluru berpandu Anti-radiasi berkelajuan tinggi (HARM), di antara bantuan, kata Encik Blinken.
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan