Amerika Syarikat terajui G20, tekankan agenda pertumbuhan ekonomi
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Amerika Syarikat pada Isnin (1 Dis) mengambil alih jawatan presiden Kumpulan 20 (G20) bagi 2026, sambil berikrar memacu semula tumpuan kepada agenda pertumbuhan ekonomi dan "menghasilkan keputusan," menurut Jabatan Negara Amerika, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Di bawah kepimpinan Presiden Trump, kami akan mengembalikan G20 kepada misi terasnya iaitu memacu pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran untuk menghasilkan keputusan.
"Kami akan memberi keutamaan kepada tiga teras utama dalam usaha melaksanakan pembaharuan yang amat diperlukan ini: memacu kemakmuran ekonomi dengan mengurangkan beban kawal selia, memperkukuh rantaian bekalan tenaga yang mampu milik dan selamat, serta menerajui teknologi dan inovasi baharu," menurut kenyataan agensi itu.
Washington akan menjadi tuan rumah Sidang Puncak Pemimpin G20 2026 di Miami, Florida, yang bertepatan dengan ulang tahun ke-250 Amerika.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.