Amerika Syarikat senaraikan Afghanistan sebagai negara yang menahan individu secara tidak sah
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio mengumumkan pada Isnin (10 Mac) bahawa beliau telah menetapkan Afghanistan sebagai "negara yang menaja tahanan secara tidak sah", sambil menuntut agar pihak berkuasa Taliban membebaskan dua rakyat Amerika dan komited untuk menamatkan "diplomasi tebusan" mereka.
Langkah itu diambil lebih seminggu selepas Iran menjadi negara pertama yang dimasukkan ke dalam senarai hitam baharu Washington bagi "penahanan tidak sah".
Presiden Donald Trump pada September lalu menandatangani perintah eksekutif yang mewujudkan senarai hitam itu, serupa dengan penetapan oleh Amerika Syarikat mengenai keganasan.
"Taliban terus menggunakan taktik pengganas, menculik individu untuk mendapatkan wang tebusan atau untuk mendapatkan pelonggaran dasar," kata Rubio dalam satu kenyataan.
Beliau berkata "tidak selamat bagi rakyat Amerika untuk pergi ke Afghanistan kerana Taliban terus menahan warga Amerika dan warga asing lain secara tidak adil".
"Taliban perlu membebaskan Dennis Coyle, Mahmoud Habibi, dan semua warga Amerika yang ditahan secara tidak adil di Afghanistan sekarang dan komited untuk menghentikan amalan diplomasi tebusan selama-lamanya," tambah beliau.
Encik Habibi, seorang ahli perniagaan Afghan-Amerika, sebelum ini berkhidmat sebagai pengarah penerbangan awam Afghanistan.
Beliau ditangkap pada Ogos 2022 di Kabul bersama puluhan pekerja lain di syarikat telekomunikasinya, menurut pihak berkuasa Amerika Syarikat.
Jabatan Negara telah mengeluarkan ganjaran sebanyak US$5 juta (S$6.38) untuk maklumat yang membawa kepada kepulangan Encik Habibi.
Encik Coyle pula ialah seorang ahli akademik dari Colorado yang bekerja selama dua dekad di Afghanistan sebelum ditahan pada Januari 2025, menurut Yayasan James Foley.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.