Amerika Syarikat, Greenland, Denmark adakan perbincangan pertama selepas Trump ubah pendirian
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
COPENHAGEN: Mesyuarat pertama antara pegawai Denmark, Greenland dan Amerika Syarikat diadakan di Washington susulan pengumuman Presiden Donald Trump minggu ini yang beliau tidak akan menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan pertikaian berkaitan wilayah Artik itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Bercakap kepada wartawan di Copenhagen pada Jumaat (23 Jan), Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen tidak mendedahkan siapa yang terlibat dalam perbincangan yang berlangsung sehari sebelumnya itu, menurut agensi berita Ritzau.
Encik Lokke Rasmussen turut mengumumkan pembentukan satu kumpulan kerja bagi mencari penyelesaian terhadap isu Greenland.
"Kami tidak akan memaklumkan bila mesyuarat itu akan diadakan, kerana apa yang diperlukan sekarang adalah untuk mengurangkan ketegangan berhubung perkara ini," kata menteri Denmark itu sambil menekankan keperluan untuk satu "proses yang tenang".
Dalam satu pengumuman mengejut pada Rabu (21 Jan), Encik Trump memberitahu Forum Ekonomi Dunia di Davos yang beliau tidak akan menggunakan kekerasan untuk memperoleh Greenland, selepas sebelum ini enggan menolak kemungkinan tersebut.
Beliau juga menarik balik ancaman untuk mengenakan tarif hukuman terhadap negara Eropah yang menentang hasratnya berkaitan Greenland.
Encik Trump berkata satu rangka kerja bagi perjanjian masa depan mengenai Greenland dan keseluruhan wilayah Artik diwujudkan semasa mesyuarat dengan Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.