Amerika Syarikat dakwa 7 penggodam libatkan 2 rakyat M'sia, 5 warga China
Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) mendakwa dua warga Malaysia dan lima warga China di mahkamah atas tuduhan menjalankan operasi penggodaman yang melibatkan perbuatan mencuri identiti dan teknologi permainan video.

(Gambar hiasan: Nicolas Asfouri/AFP)
WASHINGTON: Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) mendakwa dua warga Malaysia dan lima warga China di mahkamah atas tuduhan menjalankan operasi penggodaman yang melibatkan perbuatan mencuri identiti dan teknologi permainan video.
Kedua-dua peniaga warga Malaysia itu diberkas di Malaysia sementara lima suspek warga China terbabit, masih berleluasa.
Kelima-lima suspek rakyat China itu didakwa dengan tuduhan menggodam lebih 100 syarikat termasuk syarikat pembangunan perisian dan telekomunikasi serta para tokoh politik dan aktivis sosial di Hong Kong.
DOJ juga mendakwa dua suspek warga Malaysia berkenaan beroperasi di bawah sebuah syarikat Malaysia, SEA Gamer Mall.
Mereka dituduh bersubahat dengan dua perisik China untuk menggodam syarikat permainan utama di Amerika, Jepun dan Singapura untuk mengaut untung.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.