Amerika Syarikat, China perlu bincang isu 'sukar', kata Janet Yellen kepada Perdana Menteri China
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Tatan Syuflana)
BEIJING: Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat Janet Yellen memberitahu Perdana Menteri China Li Qiang pada Ahad (7 Apr) bahawa keupayaan untuk mengadakan perbincangan mengenai isu-isu sukar sudah mewujudkan "hubungan lebih stabil" sepanjang tahun lalu.
Sedang mereka memulakan mesyuarat di Beijing, Encik Li menjawab bahawa kedua-dua negara itu harus menghormati satu sama lain dan sepatutnya bekerjasama, bukan bermusuh. Beliau menambah "kemajuan membina" dapat dicapai
semasa lawatan Cik Yellen.
Cik Yellen berkata Washington dan Beijing mempunyai "tanggungjawab" untuk menguruskan hubungan rumit itu.
"Meskipun kita mempunyai lebih banyak perkara untuk dilakukan, saya percaya, sepanjang setahun lalu, kita sudah mewujudkan hubungan dua hala yang lebih stabil," kata Cik Yellen.
"Ini bukan bermakna kita mengabaikan perbezaan atau mengelak perbincangan mengenai isu-isu sukar. Ia bermakna kita memahami bahawa satu-satunya cara untuk mencapai kemajuan adalah sekiranya kita berkomunikasi secara langsung dan terbuka."
Antara isu yang ditumpukan Cik Yellen dalam lawatan keduanya ke China dalam tempoh sembilan bulan adalah, ancaman pengeluaran kenderaan elektrik (EV), panel suria dan produk tenaga bersih lain secara berlebihan kepada pengeluar di Amerika serta negara-negara lain.
Cik Yellen mengadakan lawatan ke Beijing pada Julai 2023 untuk cuba memulihkan hubungan dua hala ekonomi berikutan tempoh ketegangan yang memuncak, akibat perbezaan dalam pelbagai isu seperti Taiwan, punca COVID-19 dan pertikaian berkaitan perdagangan.
Menyekat industri berkaitan EV China tidak akan membantu Amerika mengembangkan industrinya sendiri, lapor agensi berita tempatan Xinhua.
Ia berharap lebih banyak kemajuan boleh dicapai semasa lawatan Cik Yellen, untuk menangani halangan yang menyekat kerjasama yang dapt saling menguntungkan.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.