Skip to main content

Dunia

Amerika siasat wabak E. coli baharu berkaitan lobak merah organik

Anggaran Waktu Membaca:
LOS ANGELES: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) memberi amaran mengenai wabak E. coli baharu yang dikaitkan dengan lobak merah organik pada Ahad (17 Nov), lapor Xinhua.

Sekurang-kurangnya 39 individu yang dijangkiti penyakit itu dilaporkan dari 18 negeri di AS. Antaranya, 15 orang dimasukkan ke hospital dan seorang meninggal dunia, menurut CDC.

Agensi itu menyatakan bahawa temu bual dengan pesakit dan penemuan penjejakan menunjukkan bahawa lobak merah organik dan lobak merah kecil yang dijual oleh Grimmway Farms menyebabkan orang jatuh sakit.

Grimmway Farms yang terletak di California telahpun menarik balik pelbagai saiz dan jenama lobak merah kecil dan lobak merah keseluruhan yang dibungkus pada Sabtu (17 Nov).

CDC meminta orang ramai untuk tidak memakan sebarang lobak organik yang telah ditarik balik dan mencuci barangan serta permukaan yang mungkin menyentuh lobak organik yang ditarik balik menggunakan air sabun panas atau mesin basuh pinggan mangkuk.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita