Amerika siasat kebocoran maklumat perisikan pelan tindak balas Israel terhadap Iran
Amerika Syarikat dilaporkan sedang menyiasat kebocoran maklumat perisikan sangat sulit mengenai pelan tindak balas Israel terhadap Iran.
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Amerika Syarikat dilaporkan sedang menyiasat kebocoran maklumat perisikan sangat sulit mengenai pelan tindak balas Israel terhadap Iran.
Ini menurut satu laporan CNN yang menukil tiga individu yang sedia maklum mengenai perkara itu.
Dokumen-dokumen itu mula disebarkan pada Jumaat (18 Okt) selepas ia dimuat naik ke Telegram.
Ia mengandungi tanda label 'sangat sulit' dan hanya boleh dilihat oleh Amerika Syarikat dan negara-negara sekutunya iaitu Australia, Kanada, New Zealand dan Britain.
Dokumen-dokumen tersebut memperincikan persiapan yang dilaporkan sedang dilakukan oleh Israel dalam serangannya ke atas Iran.
Israel dilaporkan merancang untuk memindahkan senjatanya selain daripada peluru berpandu.
Kebocoran maklumat itu berlaku pada waktu genting, dengan Israel berikrar untuk membalas serangan Iran terhadap negara itu pada awal bulan ini.
Namun, ia tidak jelas bagaimana dokumen itu disebarkan kepada umum atau sama ada ia dibocorkan, atau dengan sengaja disebarkan.
Amerika Syarikat kini berada di tahap berwaspada tinggi bagi sebarang percubaan penggodaman oleh Iran.
Agensi-agensi risikan Iran sebelum ini menyatakan Iran telah menggodam dokumen berkempen milik calon pilihan raya presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Sumber : CNN/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.