Amerika serah semula semua pangkalan tentera utama Syria
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Reuters)
WASHINGTON: Amerika Syarikat menyelesaikan penyerahan semua pangkalan tentera utama di Syria, kata Markas Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Jumaat (17 Apr), lapor Anadolu Ajansi.
"Pasukan Amerika Syarikat selesai mengembalikan semua pangkalan utama kami di Syria sebagai sebahagian daripada peralihan yang disengajakan dan berasaskan syarat oleh Pasukan Petugas Bersama Gabungan - Operation Inherent Resolve," kata jurucakap Tim Hawkins kepada Anadolu.
Tentera Amerika masih membantu operasi memerangi keganasan yang diketuai oleh rakan kongsi tempatan, yang menurut Encik Hawkins "penting" untuk memastikan kumpulan ISIS tidak memperoleh kemenangan dan meningkatkan keselamatan di seluruh rantau itu.
Kementerian Luar Negeri dan Ekspatriat Syria pada Khamis (16 Apr) menyambut baik penyerahan sepenuhnya pangkalan tentera.
“Pelanjutan kuasa negara Syria ke atas kawasan yang sebelum ini berada di luar kawalannya, termasuk kawasan timur laut dan sempadan, adalah hasil usaha berterusan pemerintah Syria untuk menyatukan negara dalam rangka satu negara,” menurut kementerian itu dalam kenyataan.
Menurut kementerian itu, peralihan tersebut menandakan "integrasi yang berjaya" Pasukan Demokratik Syria (SDF) ke dalam struktur nasional dan penerimaan "tanggungjawab penuh" untuk operasi memerangi keganasan dan ancaman keselamatan serantau oleh Syria.
Pada 30 Jan lalu, pemerintah Syria mengumumkan ia sudah mencapai persetujuan menyeluruh dengan SDF yang bertujuan untuk menamatkan perpecahan di negara itu dan melancarkan fasa integrasi baharu.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.