Skip to main content

Dunia

Amerika sedia bantu Malaysia perangi pengganasan susuli insiden Ulu Tiram

Amerika Syarikat (AS) bersedia memberikan bantuan kepada pihak berkuasa Malaysia berhubung serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, kata Duta Amerika ke Malaysia, Edgard D Kagan.

Anggaran Waktu Membaca:
Amerika sedia bantu Malaysia perangi pengganasan susuli insiden Ulu Tiram

Pegawai polis forensik di luar balai polis Ulu Tiram di Johor, Malaysia, di mana dua pegawai polis dibunuh pada 17 Mei 2024. (Gambar: CNA/Zamzahuri Abas)

ISKANDAR PUTERI: Amerika Syarikat (AS) bersedia memberikan bantuan kepada pihak berkuasa Malaysia berhubung serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, kata Duta Amerika ke Malaysia, Edgard D Kagan.

Encik Kagan, yang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga dua pegawai polis yang terkorban dalam insiden yang berlaku pada 17 Mei lalu, berkata tragedi itu adalah peringatan bahawa Amerika Syarikat dan Malaysia berkongsi kepentingan dalam memerangi pengganasan dan tidak boleh berasa terlalu selesa.

"Insiden ini adalah sesuatu yang berpotensi berlaku di banyak tempat di seluruh dunia. Kami (Amerika) tetap berjaga-jaga dan berhati-hati terhadap orang yang memasuki negara kami, dan kami akan terus berbuat demikian.

Dalam serangan yang berlaku pada 17 Mei lalu, dua anggota polis - Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22 tahun dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24 tahun dibunuh oleh seorang penyerang tunggal yang kemudian ditembak mati.

Seorang lagi anggota polis turut cedera dalam kejadian itu.

"Walau bagaimanapun, insiden ini tidak menghalang minat pelabur atau menyebabkan perubahan ketara bagi rakyat Malaysia untuk melancong ke Amerika Syarikat," katanya kepada Bernama dalam satu wawancara semasa lawatannya ke ibu pejabat Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar baru-baru ini.

Sebaliknya, Amerika Syarikat ingin mengukuhkan lagi hubungan keselamatan, ekonomi dan pendidikan yang kukuh dengan Malaysia sejak dahulu lagi.

Dalam usaha memperkukuhkan keselamatan maritim dan mengekalkan keamanan serta kestabilan serantau, Washington sebagai contoh boleh bekerjasama dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), kata Encik Kagan dalam lawatan sulungnya ke Johor sejak pelantikannya secara rasmi sebagai Duta Amerika Syarikat ke Malaysia pada 20 Mac lalu.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita