Skip to main content

Dunia

Amerika sambung semula proses permohonan visa pelajar Harvard susuli keputusan hakim

Jabatan Negara Amerika Syarikat mengarahkan semua misi Amerika Syarikat di luar negara dan bahagian konsular untuk menyambung semula pemprosesan permohonan visa pelajar dan pelawat pertukaran yang diterima masuk ke Universiti Harvard.
 

Anggaran Waktu Membaca:
Amerika sambung semula proses permohonan visa pelajar Harvard susuli keputusan hakim

Seorang pelajar berjalan di kampus Universiti Harvard di Cambridge, Massachusetts, pada 23 Mei 2025. (Gambar fail: REUTERS/Faith Ninivaggi)

WASHINGTON: Jabatan Negara Amerika Syarikat mengarahkan semua misi Amerika Syarikat di luar negara dan bahagian konsular untuk menyambung semula pemprosesan permohonan visa pelajar dan pelawat pertukaran yang diterima masuk ke Universiti Harvard.

Ini selepas seorang hakim persekutuan di Boston pada minggu lalu menghalang pentadbiran Trump daripada menyekat pelajar antarabangsa memasuki negara itu untuk belajara di Harvard.

Dalam kabel diplomatik yang dihantar pada Jumaat lalu (6 Jun) dan ditandatangani oleh Setiausaha Negara Amerika Marco Rubio, Jabatan Negara menukil sebahagian daripada keputusan hakim itu, berkata arahan baharu itu adalah "selaras dengan" perintah sekatan sementara itu.

Di bawah arahan yang diberikan kepada Harvard pada lewat Khamis lalu, Hakim Daerah Amerika Allison Burroughs menyekat pengisytiharan Encik Trump daripada berkuat kuasa sementara prosiding lanjut berhubung perkara itu dijalankan.

Encik Trump sebelum ini memetik kebimbangan keselamatan negara untuk mewajarkan keputusan menghalang kemasukan pelajar antarabangsa ke Amerika Syarikat bagi melanjutkan pengajian di Harvard.
Sumber : Reuters/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita