Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Amerika rancang sekat Malaysia jadi pusat kumpul dana Hamas

Anggaran Waktu Membaca:
Amerika rancang sekat Malaysia jadi pusat kumpul dana Hamas

Para penyokong Hamas di Carikan Gaza pada 15 Okt 2021 tunjukkan sokongan bagi rakyat Palestin yang dipenjarakan Israel (Gambar: MOHAMMED ABED/AFP)

KUALA LUMPUR: Washington sedang berusaha menghalang Malaysia daripada menjadi tempat di mana Hamas boleh mengumpul dana dan memindahkan wang, kata seorang pegawai kanan Perbendaharaan Amerika Syarikat.

Menurut Reuters, pegawai yang bercakap dengan syarat tidak mahu namanya didedahkan, juga berkata Amerika sedang melihat keupayaan Iran untuk memindahkan minyaknya, bergantung kepada penyedia perkhidmatan yang berpangkalan di Malaysia, dengan minyak dipindahkan berhampiran Singapura dan di seluruh rantau ini.

“Perbendaharaan AS meningkatkan tumpuannya kepada pembiayaan untuk kumpulan Hamas yang diraih melalui Asia Tenggara, termasuk melalui usaha mengumpul dana dan penjualan minyak Iran secara haram.

"Kami bimbang dengan kapasiti Hamas untuk mengumpul dana di rantau ini, termasuk di Malaysia, jadi kami mahu mengadakan perbualan langsung mengenai kebimbangan itu," kata pegawai itu, seperti dinukil laporan Malaysiakini.
Pegawai tersebut menambah bahawa terdapat usaha meningkat dalam percubaan Iran dan sekutunya untuk mengumpul dana di rantau itu, kadangkala melalui badan amal.

"Sungguh mengerikan bahawa mereka cuba mengambil kesempatan daripada limpahan sokongan kepada rakyat Palestin untuk menyedut wang untuk aktiviti keganasan mereka," kata pegawai tersebut, yang juga enggan menamakan badan amal yang disyaki itu.
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan