Amerika proses bayaran balik AS$35.5 bilion bagi tarif Trump
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP)
ISTANBUL: Pihak berkuasa Amerika Syarikat memproses kira-kira AS$35.5 bilion (S$46.16 bilion) dalam bentuk bayaran balik dan faedah bagi tarif yang dikenakan Presiden Donald Trump di bawah Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa (IEEPA), yang kemudian diputuskan Mahkamah Agung tidak memberi kuasa untuk pelaksanaan tarif berkenaan.
Dalam pemfailan kepada Mahkamah Perdagangan Antarabangsa Amerika Syarikat, Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat memaklumkan pada Selasa (12 Mei) bahawa fasa pertama sistem bayaran balik tarif mula dibuka untuk penggunaan pada 20 April, lapor Anadolu Ajansi.
Sehingga 11 Mei, sebanyak 126,237 tuntutan dikemukakan, dengan 86,874 daripadanya melepasi semakan pengesahan, menurut agensi itu.
Tuntutan yang disahkan itu melibatkan 15.1 juta rekod import, manakala lebih 8.3 juta daripadanya sudah dilunaskan atau diproses semula selepas duti IEEPA dimansuhkan.
Menurut pemfailan itu, jumlah anggaran bayaran balik dan faedah bagi rekod yang diproses semula mencecah kira-kira AS$35.5 bilion (S$46.16 bilion) setakat 11 Mei.
Mahkamah Agung Amerika pada 20 Februari lalu memutuskan bahawa IEEPA, undang-undang yang digunakan Encik Trump untuk mengenakan tarif itu, tidak memberi kuasa kepada presiden untuk mengenakan duti sedemikian.
Susulan keputusan itu, ribuan syarikat memfailkan saman terhadap pentadbiran Amerika bagi menuntut bayaran balik tarif yang dibayar.
Menurut laporan media, beberapa syarikat mula menerima bayaran balik tarif IEEPA itu sejak Selasa (12 Mei).

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.