Skip to main content

Dunia

Amerika perketat had visa pelajar dan wartawan

Pemerintah Amerika Syarikat mengetatkan had tempoh pelajar asing dan wakil media dibenarkan tinggal di negara itu, di bawah peraturan yang diumumkan pada Khamis (16 Jul), lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Anggaran Waktu Membaca:
Amerika perketat had visa pelajar dan wartawan

Amerika Syarikat akan menjadikan deposit visa sehingga AS$20,000 sebagai syarat tetap terhadap warga dari 50 negara. (Gambar fail: REUTERS)

Diterbitkan : 17 Jul 2026 03:21PM
  • Pemerintah Amerika Syarikat mengumumkan peraturan baharu mengehadkan tempoh tinggal pelajar asing dan wartawan asing di negara itu.
  • Pelajar, termasuk pelajar pertukaran, hanya dibenarkan tinggal selama empat tahun, manakala wartawan asing dihadkan kepada 240 hari.
  • Kedua-dua kumpulan boleh memohon pelanjutan tempoh tanpa perlu meninggalkan Amerika Syarikat.
  • Langkah ini bertujuan mengelakkan penyalahgunaan sistem imigresen dan memastikan pelajar menumpukan kepada pengajian serta pulang ke negara asal selepas tamat pengajian.
Dijana oleh AI
WASHINGTON: Pemerintah Amerika Syarikat mengetatkan had tempoh pelajar asing dan wakil media dibenarkan tinggal di negara itu, di bawah peraturan yang diumumkan pada Khamis (16 Jul), lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Para pelajar, termasuk pelajar pertukaran, akan dibenarkan tinggal selama empat tahun, manakala wartawan asing akan dihadkan kepada 240 hari.

Kedua-dua kumpulan boleh memohon pelanjutan tanpa perlu meninggalkan negara tersebut.

"Selama beberapa dekad, pelajar asing telah diterima masuk ke Amerika Syarikat tanpa had tempoh masa, membenarkan ribuan (individu) menyalahgunakan sistem imigresen kami dengan terus-menerus mendaftar dalam kursus untuk mengelak daripada meninggalkan Amerika Syarikat," kata Setiausaha Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Markwayne Mullin dalam satu kenyataan.

Beliau berkata peraturan muktamad baharu itu akan memastikan pelajar memberi tumpuan kepada "menyelesaikan pengajian mereka dan pulang ke tanah air."

Peraturan baharu itu akan diterbitkan secara rasmi pada Jumaat dan akan berkuat kuasa 60 hari kemudian.
Sumber : Bernama/Agensi berita/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita