Skip to main content

Dunia

Amerika musnahkan 3 kapal; 10 anggota Houthi terkorban susuli serangan Laut Merah

Anggaran Waktu Membaca:
Amerika musnahkan 3 kapal; 10 anggota Houthi terkorban susuli serangan Laut Merah

Gambar: US Navy Handout menerusi AP

Diterbitkan : 01 Jan 2024 10:38AM Dikemas Kini : 01 Jan 2024 02:53PM
WASHINGTON: Amerika Syarikat menyatakan Tentera Lautnya telah berjaya memusnahkan tiga kapal milik Houthi di Laut Merah, setelah anak kapal Houthi melepaskan tembakan ke arah kapal kontena Maersk dan cuba menaikinya.

Pegawai Amerika Syarikat berkata helikopter dari kapal perangnya telah menjawab satu panggilan kecemasan dari kapal Maersk Hangzhou.

Empat bot Houthi telah menyerang kapal kontena itu.

Markas Pusat Amerika Syarikat menyatakan helikopternya berjaya memusnahkan tiga bot Houthi untuk mempertahankan diri.

Bot keempat telah meninggalkan kawasan itu.

Jurucakap Houthi berkata 10 ahli kumpulannya maut atau hilang selepas kejadian itu berlaku.

Kumpulan pemberontak itu mendakwa tentera lautnya menyerang Maersk Hangzhou, selepas anak kapal itu tidak mengendahkan panggilan amaran.

Insiden itu berlaku di tengah-tengah kebimbangan yang semakin memuncak bahawa perang antara Israel dan Hamas boleh menyebabkan konflik yang lebih meluas di rantau itu.

Pemberontak Houthi yang disokong Iran di Yaman telah menyasarkan kapal yang melalui Laut Merah sejak November lalu.

Mereka berkata tujuan mereka adalah untuk memberi tekanan kepada Israel untuk menamatkan pengebomannya ke atas Gaza.
Sumber : AGENCIES/SE/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita