Amerika luaskan tarif 50% ke atas keluli, aluminium kepada 407 produk baharu
Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Donald Trump berucap di Kennedy Center, pada 13 Ogos 2025, di Washington. (Gambar: AP/Alex Brandon)
ISTANBUL: Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat pada Selasa (19 Ogos) mengumumkan peluasan skop tarif 50 peratus ke atas import keluli dan aluminium yang kini meliputi 407 kategori produk baharu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Tarif tambahan itu yang berkuat kuasa pada Isnin, melanjutkan caj yang kali pertama dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Barangan yang mengandungi keluli atau aluminium, seperti alat pemadam api, jentera, bahan binaan dan bahan kimia khusus kini dimasukkan dalam senarai berkenaan.
Bahan lain yang turut mengandungi keluli atau aluminium akan terus tertakluk kepada tarif sedia ada.
“Tindakan hari ini memperluaskan capaian tarif keluli dan aluminium serta menutup ruang penghindaran, sekali gus menyokong usaha berterusan menghidupkan semula industri keluli dan aluminium Amerika,” kata Setiausaha Bahagian Perdagangan untuk Industri dan Keselamatan, Jeffrey Kessler.
Agensi itu menyifatkan langkah berkenaan sebagai sebahagian daripada siri tindakan “bersejarah” pentadbiran Presiden Trump untuk memperkukuh industri.
Encik Trump sebelum ini menggunakan tarif berdasarkan sektor dan menyeluruh bagi meningkatkan industri pengilangan Amerika.
Pada Jun lalu, beliau mengumumkan cukai import keluli dan aluminium digandakan daripada 25 peratus kepada 50 peratus.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.