Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Amerika, Korea Selatan & Jepun perhebat usaha banteras ancaman siber Korea Utara

Anggaran Waktu Membaca:
Amerika, Korea Selatan & Jepun perhebat usaha banteras ancaman siber Korea Utara

Presiden Amerika Syarikat Joe Biden, Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol (kiri), dan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida (kanan) bergambar semasa menghadiri mesyuarat tiga hala di APEC di San Francisco, California, pada 16 November 2023. (Gambar: Brendan SMIALOWSKI / AFP)

SEOUL: Para penasihat keselamatan negara Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Jepun mengadakan pertemuan di Seoul pada Sabtu (9 Dis).

Mereka akan membincangkan ancaman Korea Utara yang semakin meningkat.

Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Penasihat Negara Amerika Syarikat Jake Sullivan, rakan sejawatannya dari Korea Selatan Cho Tae-yong, dan Setiausaha Agung Sekretariat Keselamatan Jepun Takeo Akiba.

Rundingan itu diadakan beberapa minggu selepas para menteri pertahanan dari ketiga-tiga negara tersebut bersetuju untuk mengaktifkan operasi perkongsian data masa nyata berhubung pelancaran peluru berpandu Korea Utara.

Pyongyang telah melancarkan satelit risikannya yang pertama bulan lalu.

Sejak itu, negara tersebut mendakwa satelit itu berupaya merakam gambar tapak-tapak tentera di Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

Pelancaran satelit itu mendorong Seoul untuk menggantung sebahagian daripada perjanjian tentera dengan Pyongyang.

Pyongyang kemudian bertindak balas dengan mengerahkan lebih ramai askar ke sempadan yang memisahkan kedua-dua negara itu.

Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Jepun telah mengutuk keras tindakan Korea Utara melanggar beberapa ketetapan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Mesyuarat pada Sabtu dijangka akan membincangkan cara untuk ketiga-tiga negara itu bekerjasama berhubung keselamatan serantau serta isu-isu global.
Sumber : AGENCIES/AY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan