Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Amerika kenakan sekatan ke atas entiti Iran, Rusia cuba pengaruhi pilihan raya

Anggaran Waktu Membaca:
Amerika kenakan sekatan ke atas entiti Iran, Rusia cuba pengaruhi pilihan raya

Gambar fail Rumah Putih di Washington. (Gambar: REUTERS/Yuri Gripas/Files)

Diterbitkan : 01 Jan 2025 07:31AM Dikemas Kini : 01 Jan 2025 07:42AM
WASHINGTON: Washington mengenakan sekatan-sekatan baharu ke atas entiti di Iran dan Rusia, menuduh mereka cuba mengganggu pilihan raya Amerika Syarikat baru-baru ini.

Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat menyatakan entiti-entiti tersebut bertujuan untuk mencetuskan ketegangan sosio-politik melalui kempen-kempen maklumat palsu yang disasarkan.

Rusia menyifatkan tuduhan-tuduhan Washington itu sebagai "fitnah jahat", sambil
menyatakan ia tidak pernah dan tidak campur tangan dalam urusan dalaman negara-negara lain.

Tehran juga menolak tuduhan-tuduhan tersebut,
menyifatkannya sebagai "tiada sebarang kredibiliti atau kesahihan".

Satu penilaian ancaman tahunan Amerika yang dikeluarkan pada Oktober menyatakan bahawa negara itu melihat ancaman yang meningkat dari Rusia, Iran dan China yang cuba mempengaruhi pilihan raya.

Ini termasuk menggunakan kecergasan buatan (AI) untuk menyebar maklumat palsu atau yang bersifat memecahbelahkan.
Sumber : Reuters/AA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan