Skip to main content

Dunia

Amerika-Israel Serang Iran: Mantan presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad terkorban dalam serangan udara

Mantan Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad, dilaporkan terkorban dalam serangan udara di Tehran, lapor agensi berita rasmi ILNA pada Ahad, menurut Agensi Berita Jerman (dpa).
Anggaran Waktu Membaca:
Amerika-Israel Serang Iran: Mantan presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad terkorban dalam serangan udara
Mantan Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad. (Gambar: BERNAMA)
Diterbitkan : 02 Mar 2026 09:58AM Dikemas Kini : 02 Mar 2026 10:05AM
TEHRAN: Mantan Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad, dilaporkan terkorban dalam serangan udara di Tehran, lapor agensi berita rasmi ILNA pada Ahad, menurut Agensi Berita Jerman (dpa).

Encik Ahmadinejad, 69 tahun, terbunuh di kediamannya di timur Tehran bersama pengawal peribadinya, lapor ILNA.

Sepanjang lapan tahun memegang jawatan dari 2005 hingga 2013, Encik Ahmadinejad pada mulanya merupakan tokoh pilihan golongan ulama Syiah yang memerintah kumpulan pelampau dan konservatif di parlimen.

Bagaimanapun, menjelang akhir penggal perkhidmatannya, timbul keraguan terhadap dasar-dasar yang diperkenalkan beliau. Dasar nuklearnya menyebabkan Iran dikenakan pelbagai sekatan antarabangsa yang seterusnya membawa kepada krisis ekonomi.

Encik Ahmadinejad turut menerima kritikan antarabangsa terutamanya berhubung kenyataan anti-Yahudi beliau. Semasa tempoh kepimpinannya, Iran dipulaukan di peringkat antarabangsa berikutan ancaman ketenteraan terhadap Israel serta penafian beliau terhadap peristiwa 'Holocaust'.

Para penyokongnya mula menjauhkan diri daripada beliau, malah kumpulan pelampau juga menganggapnya sebagai tokoh yang kontroversi pada penghujung tempoh jawatannya.
Sumber : Bernama/IM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita