Amerika, Israel bincang tindak balas terhadap Iran susuli serangan peluru berpandu
Amerika Syarikat akan melakukan penyelarasan dengan sekutunya, Israel menyusuli serangan peluru berpandu balistik Iran pada Selasa malam (1 Okt).
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Amerika Syarikat akan melakukan penyelarasan dengan sekutunya, Israel menyusuli serangan peluru berpandu balistik Iran pada Selasa malam (1 Okt).
Jurucakap Jabatan Negara Amerika, Matthew Miller berkata, perbincangan teliti dengan Israel akan diketuai Penasihat Keselamatan Negara Jake Sullivan mengenai tindak balas terhadap serangan Iran.
Encik Miller juga tidak terlepas daripada menyebut serangan peluru berpandu balistik Iran ke atas Israel menyebabkan "peningkatan tekanan yang ketara" selain mengakui ia pasti akan ada akibatnya kelak.
“Sudah tentu mesti ada padahnya ke atas Iran menyusuli serangan ini. Kami telah menjelaskan bahawa mesti ada akibatnya.
“Saya tidak akan memikirkan apa akibatnya hari ini, tetapi ia adalah perkara yang akan kami selaraskan dengan rakan sejawatan kami di Israel,” kata Encik Miller dalam taklimat media pada Selasa (1 Okt).
Beliau berkata, serangan peluru berpandu itu sebahagiaannya dipatahkan kerana terdapat penyelarasan antara Amerika, Israel dan negara sekutu lain.
Encik Miller, bagaimanapun, tidak menyebut nama negara lain yang turut terlibat dalam penyelarasan itu.
Ditanya sama ada Israel telah melakukan sesuatu yang meruncing sejak beberapa minggu lalu, Encik Miller berkata "sudah tentu" Israel telah "melakukan sesuatu untuk melebarkan konflik.
Encik Miller bagaimanapun mempertahankan tindakan Israel itu yang disifatkannya sebagai membawa “pengganas ke muka pengadilan."
Pada Jumaat lalu, Israel membunuh pemimpin kanan Hezbollah, Hassan Nasrallah dalam serangan besar-besaran di Beirut.
Namun begitu, Encik Miller mendakwa, hari ini "Iran datang untuk mempertahankan organisasi mereka."
"Jika anda melihat apa yang Iran lakukan hari ini - kami telah memberi amaran sejak sekian lama tentang ancaman yang ditimbulkan oleh Iran, membekalkan senjata dan membiayai kumpulan-kumpulan yang disokong mereka di
seluruh Timur Tengah dan serangan hari ini hanya menunjukkan bahaya atas tindakan itu," kata Encik Miller.
“Apa yang anda lihat ialah Iran melancarkan serangan untuk melindungi dan mempertahankan kumpulan-kumpulan yang telah dibina, dipupuk dan dikawalnya. Jadi ada perbezaan,” dakwa Encik Miller lagi.
Encik Miller juga berkata "gelombang serangan ini sudah berakhir," sambil menambah beliau tidak bermaksud akan ada gelombang lain pada masa akan datang.
Bagaimanapun, pada pandangan Amerika, gelombang serangan akan menjadi "semakin meningkat" jika Iran melakukan serangan selanjutnya di Israel.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.