Amerika, Iran akan runding nuklear sekali lagi susuli kemajuan dalam perbincangan terkini
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/ATTA KENARE)
ROM: Amerika Syarikat dan Iran selesai mengadakan pusingan kedua rundingan penting mengenai program nuklear Tehran pada Sabtu (19 Apr), di mana mereka bersetuju untuk bertemu sekali lagi dalam masa seminggu untuk mengadakan perbincangan lanjut.
Rundingan yang diusahakan oleh Oman di Rom itu berlangsung selama sekitar empat jam, lapor siaran televisyen rasmi Iran, dengan diplomat kanan Tehran Abbas Araghchi berkata ia "satu perbincangan membina" yang menunjukkan kemajuan.
"Kali ini kami dapat meraih pemahaman lebih baik mengenai siri prinsip dan matlamat," katanya kepada siaran televisyen rasmi Iran.
Jurucakap kementerian luar Iran Esmaeil Baqaei berkata kedua-dua pihak "bersetuju untuk menyambung perbincangan secara tidak langsung di peringkat teknikal sepanjang tempoh beberapa hari akan datang dan seterusnya ke peringkat dua perunding kanan pada Sabtu depan (26 Apr)".
Menurut Oman, pusingan ketiga rundingan itu akan diadakan di Muscat, iaitu kembali ke tempat di mana rundingan pertama diadakan seminggu lalu.
Ia adalah perbincangan pertama di peringkat tinggi yang diadakan antara kedua-dua negara seteru itu selepas Presiden Amerika Donald Trump meninggalkan satu perjanjian mercu tanda mengenai nuklear pada 2018.
Negara-negara Barat termasuk Amerika Syarikat telah lama menuduh Iran cuba memperolehi senjata nuklear, iaitu satu tuduhan yang dinafikan oleh Tehran di mana ia menegaskan bahawa program itu bagi tujuan awam yang damai.
Menyusuli perbincangan pada Sabtu, kementerian luar Oman berkata Encik Araghchi dan utusan khas Amerika Syarikat ke Timur Tengah Steve Witkoff bersetuju untuk meneruskan dengan rundingan.

Sumber : Reuters/HA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.