Amerika ingin jadi tuan rumah sidang puncak APEC yang baik kepada Rusia
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AP/Godofredo A Vasquez)
SAN FRANCISCO: Amerika Syarikat akan menganggap Rusia sebagai peserta penuh di sidang puncak Asia Pasifik minggu ini, yang akan berlangsung di San Francisco.
Ini meskipun Amerika berusaha untuk mengasingkan Mosko berhubung pencerebohannya ke atas Ukraine, kata seorang pegawai kanan negara tersebut pada Ahad (12 Nov).
Dengan lawatan oleh Presiden Rusia Vladimir Putin tidak dijangkakan atas sebab-sebab politik, Timbalan Perdana Menteri Alexei Overchuk akan mewakili negara itu di sidang puncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).
"Beliau akan dilayan sebagai ketua delegasi, dan beliau akan mempunyai peluang untuk mengambil bahagian sepenuhnya pada acara minggu ini," kata Matt Murray, pegawai Jabatan Negara yang mengetuai APEC, kepada AFP.
Encik Overchuk berada di bawah pelbagai sekatan oleh Barat, termasuk Kesatuan Eropah (EU). Namun, beliau tidak berada di bawah sekatan Amerika secara khusus, seperti kebanyakan pemimpin tertinggi Rusia.
"Sepanjang tahun, kami secara konsisten mengulangi bahawa kami ingin menjadi tuan rumah APEC yang baik," kata Encik Murray.

BACA:
Amerika Syarikat menyuarakan harapan untuk menstabilkan hubungan bersama China, dan mencari bidang kerjasama yang terhad.
Sebaliknya, Amerika Syarikat menolak hubungan bersama Rusia sejak Encik Putin menyangkal amaran Amerika, dan melancarkan pencerobohan besar-besaran ke atas Ukraine pada Februari 2022.
Ini menyebabkan berbilion dolar disalurkan Amerika serta bantuan dari Barat dihulurkan kepada Ukraine.
Pejabat Negara Amerika pada bulan lalu menjelaskan bahawa ia tidak akan mengalu-alukan Encik Putin ke San Francisco.
Rusia kemudian menjawab bahawa ia adalah keputusan anggota APEC untuk menentukan perwakilan masing-masing.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.