Amerika import telur dari Korea Selatan, Turki bagi tangani kenaikan harga
Amerika Syarikat mengimport telur dari Korea Selatan dan Turki bagi membantu menangani kenaikan harga, kata Setiausaha Pertanian Amerika Brooke Rollins pada Jumaat (21 Mac), lapor Xinhua.
Import telur dari Korea Selatan dan Turki ke Amerika sudah dimulakan. (Gambar hiasan: Pixabay/akirEVarga)
Menurut beliau, import dari kedua-dua negara itu telah bermula manakala perbincangan sedang berlangsung untuk mendapatkan bekalan telur dari negara lain.
"Kami bercakap mengenai ratusan juta telur untuk jangka pendek," kata Encik Rollins.
Harga telur di Amerika meningkat 10 peratus bulan ke bulan, didorong kekurangan bekalan akibat wabak selesema burung.
Data awal menunjukkan sentimen pengguna Universiti Michigan bagi Amerika merosot kepada 57.9 pada Mac.
Ia merupakan paras terendah sejak November 2022, di tengah-tengah inflasi yang semakin meningkat, termasuk kenaikan harga telur yang berterusan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.