Amerika gesa Israel selesaikan siasatan pembunuhan aktivis wanita di Tebing Barat
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Amerika Syarikat pada Isnin (9 Sep) menggesa Israel untuk menjalankan siasatan penuh terhadap pembunuhan wanita warga Amerika asal Turki minggu lalu di Tebing Barat.
Amerika menyatakan ia percaya Israel sudah memulakan siasatan.
Pegawai Turki dan Palestin pada Jumaat (6 Sep) berkata bahawa askar Israel menembak Aysenur Ezgi Eygi, 26 tahun, yang mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan terhadap peluasan penempatan Israel.

"Kami memahami bahawa sekutu kami Israel sedang menyiasat apa yang berlaku, dan kami jangkakan mereka mendedahkan dapatan mereka kepada orang awam, dan kami jangkakan penemuan tersebut dilakukan dengan teliti dan jujur," kata timbalan jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat Vedant Patel kepada sidang media.
Jurucakap Keselamatan Negara Rumah Putih John Kirby kemudian berkata bahawa Israel sedang "menjalankan siasatan dengan segera" dan dijangka mengemukakan penemuan dan kesimpulannya dalam beberapa hari akan datang.
Encik Patel dan Encik Kirby tidak memberi maklumat lanjut mengenai punca pembunuhan tersebut dan berkata bahawa Washington tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga Israel mengemukakan penemuannya.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.