Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Amerika, Filipina, Jepun bakal bincang isu Laut China Selatan pada sidang puncak tiga hala

Anggaran Waktu Membaca:
MANILA: Sidang puncak tiga hala antara pemimpin Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Filipina akan melibatkan perbincangan mengenai insiden di Laut China Selatan baru-baru ini, kata Menteri Luar Manila pada Jumaat (5 Apr).

Presiden AS Joe Biden akan menganjurkan pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida dan Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr. untuk membincangkan hubungan ekonomi dan Indo-Pasifik.

Sidang puncak yang dijadualkan pada minggu depan itu tidak ditujukan kepada mana-mana negara, kata Pemangku Setiausaha Ehwal Luar Filipina Hans Mohaimin Siriban dalam satu sidang media.

Ini meskipun ketiga-tiga negara meluahkan kebimbangan terhadap tindakan agresif China di rantau tersebut.

"Kami boleh menjangkakan pandangan yang sama di antara ketiga-tiga negara terhadap insiden yang baru berlaku itu," kata Encik Sirban.

Beliau menambah bahawa negara-negara itu akan menghasilkan "kenyataan visi bersama" mengenai hubungan diplomatik.

Encik Sirban berkata Presiden Biden dan PM Marcos akan mengadakan mesyuarat dua hala berasingan menjelang sidang puncak berkenaan.
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan