Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Amerika dakwa lelaki disyaki terlibat plot Iran bunuh Trump

Anggaran Waktu Membaca:
Amerika dakwa lelaki disyaki terlibat plot Iran bunuh Trump

Gambar: AP

Diterbitkan : 09 Nov 2024 07:41AM Dikemas Kini : 09 Nov 2024 07:51AM
WASHINGTON: Amerika Syarikat pada Jumaat (8 Nov) mendakwa seorang lelaki, yang disyaki ada kaitan dengan plot Iran untuk membunuh Presiden dipilih Donald Trump dan seorang wartawan pembangkang dwi kerakyatan Iran-Amerika yang terkenal.

Plot untuk membunuh Encik Trump yang ditumpaskan itu, disyaki diarahkan oleh Pasukan Pengawal Revolusi elit Iran (IRGC) sebagai membalas dendam kematian jeneral Iran Qassem Soleimani, yang terbunuh pada 2020 dalam serangan Amerika di bawah arahan Presiden ketika itu, Encik Trump, menurut Jabatan Keadilan Amerika.

Farhad Shakeri, 51 tahun, merupakan seorang rakyat Afghanistan yang dipercayai sedang berada di Iran.

Dia telah "ditugaskan" oleh IRGC untuk menyediakan rancangan untuk membunuh Encik Trump, yang telah mengalahkan Naib Presiden Kamala Harris dalam Pilihan Raya Presiden Amerika apda Selasa lalu, jelas jabatan tersebut dalam satu kenyataan.

Shakeri didakwa memberitahu penguatkuasaan undang-undang, dia bagaimanapun tidak mempunyai sebarang rancangan untuk melakarkan pelan untuk membunuh Trump dalam garis masa IRGC itu.

Shakeri dan dua lelaki lain, Carlisle Rivera, 49 tahun, dan Jonathon Loadholt, 36 tahun, kedua-duanya dari New York, didakwa secara berasingan kerana merancang untuk membunuh seorang pembangkang Iran-Amerika di New York.

Rivera dan Loadholt kedua-duanya berada dalam tahanan Amerika dan hadir di mahkamah di New York pada Khamis.

"Tuduhan yang diumumkan hari ini mendedahkan percubaan berani yang berterusan oleh Iran untuk menyasarkan warga Amerika, termasuk Presiden yang dipilih Donald Trump, pemimpin pemerintah lain dan pembangkang yang mengkritik rejim di Tehran," kata Pengarah FBI Christopher Wray.

Encik Trump berdepan dengan dua lagi percubaan membunuh yang berasingan tahun ini, termasuk satu insiden tembakan di sebuah rapat kempen apabila peluru yang dilepaskan terkena telinga Encik Trump.
Sumber : Reuters/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan