Skip to main content

Dunia

Amerika, China capai perjanjian rangka kerja tangani sekatan eksport

Para pegawai Amerika Syarikat dan China telah mencapai kata sepakat berhubung rangka kerja untuk meletakkan semula gencatan senjata mereka di landasan yang betul dan menghuraikan sekatan eksport China ke atas mineral nadir bumi dan magnet kata Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat Howard Lutnick pada Selasa (10 Jun) di akhir rundingan intensif selama dua hari di London.

Anggaran Waktu Membaca:
Amerika, China capai perjanjian rangka kerja tangani sekatan eksport

Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Scott Bessent, dan Naib Perdana Menteri China, He Lifeng berjabat tangan ketika bergambar semasa rundingan perdagangan di Lancaster House, London pada 9 Jun 2025. (Gambar: Handout/Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat/AFP)

LONDON: Para pegawai Amerika Syarikat dan China telah mencapai kata sepakat berhubung rangka kerja untuk meletakkan semula gencatan senjata mereka di landasan yang betul dan menghuraikan sekatan eksport China ke atas mineral nadir bumi dan magnet kata Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat Howard Lutnick pada Selasa (10 Jun) di akhir rundingan intensif selama dua hari di London.

Encik Lutnick memberitahu wartawan bahawa rangka kerja tersebut memberi "sokongan tambahan" terhadap perjanjian yang dicapai bulan lalu di Geneva untuk melonggarkan tarif balas yang terbantut akibat sekatan eksport mineral kritikal oleh China.

Perjanjian itu juga akan menghapuskan sebahagian daripada sekatan eksport Amerika yang diperkenalkan baru-baru ini diperkenalkan.

“Kami telah mencapai satu rangka kerja untuk melaksanakan perjanjian Geneva dan seruan antara kedua-dua presiden,” kata Encik Lutnick.

“Ideanya adalah kami akan pulang ke Washington dan berbincang dengan Presiden Trump untuk memastikan beliau meluluskannya. Mereka akan pulang ke China dan berbincang dengan Presiden Xi dan memastikan beliau meluluskannya, dan jika kedua-duanya bersetuju, kami akan melaksanakan rangka kerja itu.”

Dalam satu taklimat berasingan, Timbalan Menteri Perdagangan China Li Chenggang berkata bahawa satu rangka kerja perdagangan telah dicapai dan akan disampaikan kepada pemimpin Amerika Syarikat dan China.
Sumber : Reuters/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita