Skip to main content

Dunia

Amerika, China bincang lawatan timbal balik ke tapak nuklear

Anggaran Waktu Membaca:
Amerika, China bincang lawatan timbal balik ke tapak nuklear

Bendera Amerika Syarikat dan China dipamerkan pada penghadang keselamatan semasa lawatan rasmi Presiden China Xi Jinping dan isterinya, Peng Liyuan, ke Rumah Putih di Washington DC pada 25 September 2026. (Gambar: Reuters/Evan Vucci)

Diterbitkan : 06 Oct 2026 11:52PM Dikemas Kini : 07 Oct 2026 12:21AM
United States and China discuss reciprocal visits to nuclear sites
  • The United States and China discussed reciprocal visits to nuclear sites, including United States Department of Energy laboratories and equivalent amenities in China.
  • According to CNN, the idea was originally proposed by China this year and was discussed outside the official events of a meeting involving the five permanent members of the UN Security Council.
  • Trump also urged trilateral arms control talks with China and Russia, but Beijing said its participation was unnecessary because its nuclear stockpile is smaller.
  • A Trump-Xi meeting is expected to take place this year, possibly at China’s APEC in November or the United States’ G20 in December, with discussions among officials continuing.
Dijana oleh AI
WASHINGTON: Amerika Syarikat membincangkan usaha memulakan lawatan timbal balik ke tapak nuklear bersama China dan merancang untuk terus menggesa perkara itu dalam mesyuarat pada bulan-bulan akan datang, lapor CNN Selasa (6 Okt) yang menukil sumber yang lebih mengetahui tentang perkara tersebut.

Idea tentang lawatan timbal balik itu pada asalnya dikemukakan oleh China dalam mesyuarat bersama para pegawai Amerika Syarikat tahun ini, dan perbincangan turut menyentuh mengenai lawatan ke makmal kebangsaan Jabatan Tenaga Amerika Syarikat serta kemudahan setara di China, menurut CNN yang menukil satu sumber.

Perbincangan antara pegawai Amerika Syarikat dengan China itu kebanyakannya diadakan di luar acara rasmi semasa pertemuan lima anggota tetap Majlis Keselamatan PBB yang mempunyai kuasa veto, lapor CNN.

Reuters tidak dapat mengesahkan laporan tersebut dengan segera. Rumah Putih dan kedutaan China di Washington tidak memberikan respons terhadap permintaan untuk mendapatkan ulasan di luar waktu pejabat.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menggesa rundingan kawalan senjata tiga hala antara Amerika Syarikat, China dengan Rusia semasa beliau bertemu Presiden Xi Jinping bulan lalu. Walau bagaimanapun, kedua-dua pemimpin tidak membincangkan kemungkinan lawatan ke tapak nuklear semasa perbincangan mereka, menurut laporan CNN yang memetik seorang pegawai Amerika Syarikat.

Beijing menyatakan simpanan senjata nuklearnya jauh lebih kecil berbanding milik Rusia dan Amerika Syarikat, justeru ia berpendapat penyertaannya dalam rundingan sedemikian tidak diperlukan.

Satu lagi pertemuan antara Presiden Trump dengan Presiden Xi dijangka akan berlaku tahun ini, dan ia mungkin semasa sidang puncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di China pada bulan November atau semasa mesyuarat Kumpulan G20 di Amerika Syarikat pada bulan Disember.

Menjelang pertemuan semula kedua-dua pemimpin itu, perbincangan lanjut di peringkat pegawai bawahan mengenai kemungkinan lawatan ke tapak nuklear dipercayai telah pun diadakan, menurut CNN.
Sumber : Reuters/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita