Amerika, Britain gesa rakyatnya segera tinggalkan Lubnan
Anggaran Waktu Membaca:

Pemimpin Hezbollah Fuad Shukr terbunuh oleh serangan udara Israel di pinggir selatan Beirut pada Selasa (30 Ogos). (Gambar AP)
ISTANBUL: Amerika Syarikat dan Britain telah mengeluarkan amaran kepada rakyat masing-masing supaya segera meninggalkan Lubnan di tengah-tengah kebimbangan bahawa konflik dengan Israel akan bertambah buruk.
Kedutaan kedua-dua negara itu menggesa mereka yang memutuskan untuk kekal di Lubnan supaya membuat rancangan luar jangka bagi sebarang situasi kecemasan dan bersedia mencari tempat perlindungan untuk jangka masa yang panjang.
Britain juga menasihatkan rakyatnya agar tidak melakukan perjalanan ke Lubnan, dan warga Britain yang masih berada di Lubnan untuk pulang ke negara tersebut sedang penerbangan komersial masih disediakan.
Beberapa syarikat penerbangan dari Amerika, Belanda, India, Britain, Jerman, Switzerland, Itali, Greece, Perancis dan Poland telahpun mengumumkan pembatalan beberapa penerbangan ke Israel dan Lubnan atas sebab keselamatan.
Lubnan kini berada dalam keadaan berjaga-jaga dan kesiapsiagaan tentera yang tinggi selepas serangan udara Israel ke atas pinggir selatan Beirut pada Selasa lalu menyebabkan kematian pemimpin kanan Hezbollah, Fuad Shukr.
Kebimbangan meningkat terhadap perang antara Israel dan kumpulan Hezbollah di tengah-tengah serangan rentas sempadan yang sudah berlarutan selama beberapa bulan.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Agensi berita/AY/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.