Skip to main content

Dunia

Amerika bertegas tidak sokong serangan Israel ke atas Syria

Amerika Syarikat tidak menyokong serangan terbaharu Israel ke atas Syria, menurut Jabatan Negara Amerika Syarikat pada Khamis (17 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Amerika bertegas tidak sokong serangan Israel ke atas Syria

Pasukan keselamatan Syria selepas pertempuran antara tentera pemerintah Syria dan pejuang Druze tempatan disambung semula di bandar Druze selatan, Sweida, pada 16 Julai 2025. (Gambar: Reuters/Karam al-Masri)

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 18 Jul 2025 07:57AM
WASHINGTON: Amerika Syarikat tidak menyokong serangan terbaharu Israel ke atas Syria, menurut Jabatan Negara Amerika Syarikat pada Khamis (17 Jul).

Ini sedang Presiden sementara Syria, Ahmed al-Sharaa, menuduh Israel cuba memecahbelahkan negara itu dan berikrar untuk melindungi masyarakat minoriti Druze.

"Berkaitan campur tangan dan kegiatan Israel, Amerika Syarikat tidak menyokong serangan terbaharu Israel," kata jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Tammy Bruce, kepada wartawan dalam satu taklimat.

Beliau menambah bahawa Amerika Syarikat sedang terlibat secara diplomatik dengan Israel dan Syria di peringkat tertinggi, bagi menangani krisis semasa dan mencapai perjanjian jangka panjang antara kedua-dua negara berdaulat.

Cik Bruce berkata bahawa Amerika Syarikat mengecam keganasan di Syria dan sedang mempergiatkan usaha bagi meredakan ketegangan dengan semua pihak.

Namun, beliau enggan berkata sama ada Washington menyokong hak Israel untuk melancarkan operasi ketenteraan seperti itu.

"Apa yang sedang kami tangani sekarang adalah episod tertentu ini.

"Saya rasa kami sudah nyatakan dengan jelas rasa tidak senang kami — khususnya Presiden sendiri — dan kami sudah bertindak pantas untuk menghentikannya," katanya.

Jurucakap Rumah Putih, Karoline Leavitt, berkata bahawa Syria dilihat mengundurkan tenteranya.

"Syria bersetuju untuk menarik balik pasukannya dari kawasan yang terlibat dalam pertempuran tersebut, dan kami terus memantau situasi ini secara aktif," katanya.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio, pula berkata bahawa pentadbiran Amerika Syarikat sudah melibatkan semua pihak dan dipersetujui beberapa langkah untuk menamatkan satu "keadaan yang membimbangkan dan mengerikan".
Sumber : Reuters/IM/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita