Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Amerika bertegas tidak akan bekalkan senjata nuklear kepada Ukraine

Anggaran Waktu Membaca:
Amerika bertegas tidak akan bekalkan senjata nuklear kepada Ukraine

(Gambar fail: Kent Nishimura / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / Getty Images via AFP)

Diterbitkan : 02 Dec 2024 07:21AM Dikemas Kini : 02 Dec 2024 07:34AM
WASHINGTON: Amerika Syarikat tidak akan menimbangkan untuk membekalkan Ukraine dengan senjata nuklear yang tidak digunakannya selepas Soviet Union runtuh, menurut Penasihat Keselamatan Negara Jake Sullivan pada Ahad (1 Dis).

Encik Sullivan mengeluarkan kenyataan tersebut apabila ditanya mengenai artikel New York Times bulan lalu yang melaporkan bahawa beberapa pegawai Barat yang tidak dikenali telah mencadangkan kepada Presiden Amerika Syarikat Joe Biden untuk membekalkan Ukraine dengan senjata sebelum beliau melepaskan jawatannya.

"Perkara itu tidak dalam pertimbangan, tidak. Apa yang kami lakukan ialah meningkatkan pelbagai kapasiti konvensional untuk Ukraine supaya ia dapat mempertahankan dirinya dengan berkesan semasa berperang dengan Rusia, bukan (memberi mereka) keupayaan nuklear," katanya kepada rangkaian berita ABC.

Minggu lalu, Rusia menyatakan bahawa idea tersebut adalah satu "perkara gila" dan mencegah senario sedemikian adalah salah satu sebab mengapa Mosko menghantar tentera ke Ukraine.

Kyiv mewarisi senjata nuklear daripada Soviet Union menyusuli kejatuhannya pada 1991 tetapi menyerahkan senjata tersebut di bawah perjanjian pada 1994, iaitu Memorandum Budapest, sebagai ganti kepada jaminan keselamatan dari Rusia, Amerika Syarikat dan Britain.
Sumber : Agensi berita/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan