Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Amerika beri amaran kepada Iran hentikan komplot terhadap Trump

Amerika Syarikat memberi amaran kepada pemerintah Iran supaya menghentikan semua pakatan terhadap calon Republican Donald Trump dan menegaskan bahawa Washington akan menyifatkan sebarang percubaan ke atas nyawanya sebagai tindakan perang, menurut seorang pegawai Amerika pada Isnin (14 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Amerika beri amaran kepada Iran hentikan komplot terhadap Trump

Donald Trump tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Harry Reid selepas melakukan lawatan untuk berkempen pada 14 Sep 2024, di Las Vegas. (Gambar: AP/Alex Brandon)

WASHINGTON: Amerika Syarikat memberi amaran kepada pemerintah Iran supaya menghentikan semua pakatan terhadap calon Republican Donald Trump dan menegaskan bahawa Washington akan menyifatkan sebarang percubaan ke atas nyawanya sebagai tindakan perang, menurut seorang pegawai Amerika pada Isnin (14 Okt).

Pegawai itu, yang mendedahkan demikian dengan syarat identitinya tidak didedahkan, berkata Presiden Joe Biden telah diberi taklimat secara berkala mengenai ancaman itu dan mengarahkan pasukannya menangani pakatan Iran terhadap rakyat Amerika.

Atas arahan Presiden Biden, pegawai kanan Amerika telah menyampaikan mesej kepada peringkat tertinggi pemerintah Iran untuk memberi amaran kepada Tehran supaya menghentikan semua pakatan terhadap Encik Trump dan bekas pegawai Amerika, kata pegawai itu.

Rakyat Iran telah diberitahu bahawa Washington akan menyifatkannya sebagai tindakan perang jika sebarang percubaan dilakukan terhadap nyawa Encik Trump, kata pegawai itu.

Iran telah menafikan campur tangan dalam hal ehwal Amerika. Tehran pula menyatakan bahawa Washington telah campur tangan dalam hal ehwalnya selama beberapa dekad, memetik peristiwa dari rampasan kuasa 1953 terhadap seorang perdana menteri hingga pembunuhan komander tenteranya pada 2020 dalam serangan dron Amerika.

Rumah Putih menegaskan bahawa Amerika Syarikat telah memantau dengan teliti ancaman Iran terhadap Encik Trump selama bertahun-tahun dan ia memberi amaran tentang "padahnya" jika Tehran menyerang mana-mana warga Amerika.

"Kami menganggap perkara ini sebagai isu keselamatan negara dan sebagai keutamaan tertinggi, dan kami mengutuk sekeras-kerasnya Iran atas ancaman ini. Sekiranya Iran menyerang mana-mana rakyat kami, termasuk mereka yang terus berkhidmat kepada Amerika Syarikat atau mereka yang pernah berkhidmat, Iran akan menanggung padahnya," kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih Sean Savett.
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan