Skip to main content

Dunia

Amerika berdepan risiko penutupan operasi pemerintah terpanjang dalam sejarah

Amerika Syarikat berisiko menghadapi “satu daripada penutupan operasi pemerintah paling lama dalam sejarah” jika Democrat tidak bersetuju untuk meluluskan rang undang-undang pembiayaan, kata Speaker Dewan Perwakilan Mike Johnson pada Isnin (13 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Amerika berdepan risiko penutupan operasi pemerintah terpanjang dalam sejarah

Speaker Dewan Perwakilan Mike Johnson mengadakan sidang media di Bangunan Capitol, Washington, ketika penutupan operasi pemerintah Amerika Syarikat memasuki minggu ketiga. (Gambar: AP)

WASHINGTON: Amerika Syarikat berisiko menghadapi “satu daripada penutupan operasi pemerintah paling lama dalam sejarah” jika Democrat tidak bersetuju untuk meluluskan rang undang-undang pembiayaan, kata Speaker Dewan Perwakilan Mike Johnson pada Isnin (13 Okt).

Bercakap semasa sidang media sempena hari ke-13 penutupan operasi pemerintah, Encik Johnson menyalahkan kebuntuan yang berlarutan itu kepada “halangan” daripada Democrat, dengan mendakwa keengganan mereka untuk bertolak ansur mendorong negara menuju ke arah kebuntuan yang berpanjangan, lapor Anadolu Ajansi.

“Ini akan menjadi penutupan operasi pemerintah ketiga terpanjang dalam sejarah Amerika.

“Kita sedang menuju ke arah satu daripada penutupan operasi pemerintah paling lama dalam sejarah kecuali Democrat menghentikan tuntutan mereka dan meluluskan belanjawan bersih tanpa syarat untuk membuka semula operasi pemerintah serta membayar gaji pekerja persekutuan,” kata beliau kepada para wartawan di Capitol Hill.

Encik Johnson menegaskan bahawa Republican bersedia untuk berunding mengenai peruntukan tahunan dan isu-isu perundangan lain yang mendesak, tetapi hanya dalam keadaan yang telus," katanya.

Walaupun penutupan operasi pemerintah tidak semestinya mencetuskan krisis ekonomi besar-besaran, ia menimbulkan gangguan serius terhadap pelbagai aspek kehidupan rakyat Amerika dan meningkatkan ketidaktentuan keadaan ekonomi terbesar dunia itu.

Ramai kakitangan persekutuan turut diarahkan bercuti tanpa gaji atau dipaksa bekerja tanpa bayaran, manakala sebahagian lagi diminta cuti wajib sehingga belanjawan baharu diluluskan. 

Setiap agensi persekutuan mempunyai pelan penutupan masing-masing bagi menentukan kakitangan yang dianggap penting.

Dalam penutupan terdahulu, pekerja pemerintah digantung tugas tetapi tidak dipecat, dan tiada program pemerintah yang ditamatkan. 

Democrat menegaskan bahawa langkah sedemikian mungkin menyalahi undang-undang.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita