Amerika alami gelombang haba pertama 2025

Pemandangan kincir angin dan talian kuasa berhampiran Tracy di California, Amerika Syarikat, pada 17 Ogos 2022, ketika pengendali grid California menggesa penduduk kurangkan penggunaan elektrik semasa gelombang haba. (Gambar: Reuters)
Fenomena itu menjejas bahagian dari Great Plains hingga ke Midwest dan Great Lakes pada hujung minggu, menurut Jabatan Cuaca Kebangsaan (NWS).
Suhu yang panas melampau dijangka meningkat apabila gelombang haba itu beralih ke East Coast awal minggu depan, dengan suhu boleh mencapai ukuran tahap tertinggi alat NWS HeatRisk: Tahap 4, atau "Ekstrem."
Washington mungkin menyaksikan paras suhu setinggi 37 darjah Celsius pada Isnin (23 Jun) dan 38 darjah pada Selasa (24 Jun).
Paras haba ini boleh membahayakan sesiapa sahaja yang tidak ada akses kepada pendinginan berkesan dan air, terutamanya mereka yang terlibat dalam kegiatan luar yang berpanjangan, menurut amaran yang dikeluarkan NWS.
Pusat-pusat pendingin yang diperuntukkan, termasuk pusat rekreasi dan perpustakaan, akan dibuka pada waktu perniagaan, umum pejabat datuk bandar.
Penduduk gelandangan akan diberi akses kepada pusat-pusat perlindungan tersebut.
Paras suhu terendah pada waktu malam mungkin kekal sekitar 27 darjah Celsius di kawasan bandar seperti Washington, Baltimore, Philadelphia dan New York City.
Didorong oleh perubahan iklim yang berpunca akibat perbuatan manusia, 2024 merupakan tahun paling panas dalam rekod global, dan suhu 2025 diramalkan menduduki tangga tiga teratas rekod sejarah itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.