Amerika akan mula runding dengan China tentang perjanjian TikTok minggu ini, kata Trump
Anggaran Waktu Membaca:
Logo TikTok dipaparkan pada telefon bijak dalam ilustrasi ini diambil pada 6 Jan 2020. (Gambar: Reuters/Dado Ruvic)
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pada Jumaat (4 Jul) bahawa beliau akan mula berunding dengan China pada Isnin atau Selasa mengenai perjanjian TikTok yang mungkin dicapai.
Beliau berkata Amerika "sedikit sebanyak" sudah melakarkan perjanjian tentang penjualan aplikasi video singkat TikTok.
"Saya rasa kita akan mula pada Isnin atau Selasa ... berunding dengan China, mungkin Presiden Xi atau salah seorang wakilnya. Kita sedikit sebanyak sudah ada satu perjanjian," kata Presiden Trump kepada media semasa menaiki Air Force One.
Presiden Trump berkata dalam siaran Fox News minggu lalu bahawa beliau sudah menemui pembeli untuk TikTok, yang disifatkannya sebagai sekumpulan "individu yang sangat kaya", yang identitinya akan didedahkan dalam masa kira-kira dua minggu.
Perjanjian itu sudah dirancang untuk mengubah operasi TikTok Amerika kepada firma baharu yang berpangkalan di negara itu, sebahagian besarnya dimiliki dan dikendalikan oleh pelabur Amerika.
Ia bagaimanapun ditangguhkan selepas China menyatakan pihaknya tidak akan meluluskannya berikutan pengumuman Presiden Trump mengenai tarif tinggi yang dikenakan ke atas barangan China.
Presiden Trump berkata Amerika mungkin perlu memastikan perjanjian diluluskan oleh China.
Apabila ditanya sejauh mana keyakinan beliau bahawa China akan bersetuju dengan sesebuah perjanjian itu, beliau berkata, "Saya tidak yakin, tetapi saya fikir begitu. Presiden Xi dan saya menjalinkan hubungan yang baik, dan saya fikir ia bagus untuk mereka.
"Saya fikir perjanjian itu bagus untuk China dan juga baik untuk kita."
Undang-undang peringkat persekutuan yang mewajibkan TikTok dijual atau berdepan sekatan atas sebab keselamatan negara sepatutnya berkuat kuasa sehari sebelum Presiden Trump angkat sumpah jawatan pada Januari.
Presiden Republican itu bagaimanapun mengumumkan penangguhan selama 75 hari apabila beliau mengambil alih jawatan presiden secara rasmi.
Tempoh lanjutan kedua kemudian melengahkan tarikh akhir sehingga 19 Jun.
Pada bulan lalu pula, beliau mengeluarkan tempoh lanjutan ketiga sehingga 17 September.

Sumber : Reuters/IM/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.