Skip to main content

Dunia

Amerika akan kenakan tarif tambahan 100% ke atas import China mulai Nov

Anggaran Waktu Membaca:
Amerika akan kenakan tarif tambahan 100% ke atas import China mulai Nov

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menghadiri satu mesyuarat dua hala bersama Presiden China Xi Jinping di sidang pemimpin G20 di Osaka, Jepun pada 29 Jun 2019. (Gambar fail: REUTERS/Kevin Lamarque)

WASHINGTON: Amerika Syarikat akan mengenakan tarif tambahan 100 peratus ke atas import dari China dan melaksanakan kawalan eksport terhadap semua perisian penting buatan Amerika mulai 1 November.

Demikian diumumkan Presiden Donald Trump pada Jumaat (10 Okt).

Dalam catatannya di platfrom Truth Social, Encik Trump berkata: "Mulai 1 Nov 2025 (atau lebih awal, bergantung kepada sebarang tindakan atau perubahan lanjut yang dilaksanakan China), Amerika Syarikat akan mengenakan tarif 100 peratus ke atas China, sebagai tambahan kepada sebarang tarif yang sedang mereka bayar sekarang."

Encik Trump menambah bahawa levi tambahan, serta kawalan eksport Amerika ke atas "mana-mana dan semua perisian penting," akan berkuat kuasa dari 1 November sebagai tindak balas terhadap apa yang beliau menyifatkan sebagai langkah "sangat agresif" oleh Beijing.

Barangan China kini berdepan tarif Amerika sebanyak 30 peratus di bawah tarif yang dikenakan Encik Trump, sambil menuduh Beijing membantu dalam perdagangan fentanyl, serta atas amalan tidak adil.

Tarif balas China kini berada pada 10 peratus.

Encik Trump mengancam untuk mengenakan tarif tersebut beberapa jam sebelumnya, dalam satu catatan yang dimuat naik secara mengejut di platform rangkaian Truth Socialnya, yang menyatakan bahawa China sudah mengirimkan beberapa surat kepada negara-negara lain merata dunia, yang memperincikan kawalan eksport ke atas galian nadir bumi.
 
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita